Sunday, August 22, 2010

Princesa

Princesa dari arahan Henrique Goldman
Princesa
by:mohd amirul hasrie bin zakaria (AEA090124)


Sebuah filem arahan Henrique Goldman yang mengisahkan dilema seorang lelaki iaitu Ingrid de Souza yang memainkan watak sebagai Fernanda atau dikenali juga Princesa. Hasil tulisan skrip dari Ellis Freeman yang mengisahkan dilema manusia dalam menjalani kehidupan untuk memperoleh kehendak diri. Seperti filem-filem lain, Princesa juga berkiblatkan olahan dari filem Hollywood yang mempunyai pengenalan, konflik dan peleraian. Pengenalan yang dimulakan oleh Goldman sudah menunjukkan bahawa filem Princesa mengisahkan cerita mengenai transeksual apabila seorang pegawai pemeriksaan yang melakukan pemeriksaan ke atas tubuhnya. Fernanda yang berhijrah dari sebuah Bandar di amazon ke Itali untuk mendapatkan wang yang secukupnya untuk menjalani pembedahan tukar jantina agar menjadi wanita normal. Berhijrah ke Itali untuk memenuhi impiannya yang berterusan sejak kecil ; untuk mencari suami dan menjadi ibu kepada anak. Fernanda yang menganggap Charlo lakonan Biba Lerhue yang juga warga Brazil yang telah mencari keuntungan dengan menjadi pelacur di Itali sebagai idolanya. Melalui fabrizio, Fernanda bertemu dengan Karin lakonan Lulu Pecorari iaitu seorang pelacur transeksual yang berjaya. Kemuncak filem ini bertitik apabila Fernanda bertemu dengan Gianni ( Cesare Bocci) iaitu seorang peguam yang berumur 40-an. Gianni yang sudah mempunyai isteri tertarik dengan penampilan dan layanan Fernanda yang seakan perempuan membuatkan Gianni memutuskan hubungan dengan isterinya yang pada awalnya menolak kehadiran Fernanda. Namun disebabkan belas kasihan terhadap Fenanda yang ingin mencari wang untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan snaggup membayar untuk pembadahan tersebut. Kehidupan Fernanda terungkap dengan kebijaksanaan, belas kasihan dan humor digambarkan sebaik-baiknya oleh Goldman yang berkerjasama dengan penulis skripnya Ellis Freeman. Jalan cerita yang dikisarkan menjadikan plot yang diungkapkan menarik penonton untuk menunggu hingga selasai. Peleraiannya berlaku pada minit-minit terakhir cerita apabila Gianni kembali bersama isterinya dan Fernanda kembali ke jalanan sebagai pelacur transeksual. Namun sebelum penyelesaian penonton sedikit terkejut dengan watak utama apabila Fernanda ingin membunuh diri tetapi telah diselamatkan oleh pegawal keselamatan bangunan tersebut. Cerita arahan goldman tersusun rapi tanpa sebarang penggunaan teknik imbas kembali membuatkan jalan cerita senang difahami oleh penonton.



Filem “Princesa” menggunakan gaya dokumentari; menggunakan rawi pada sesetengah babak. Penggunaan rawi dalam bentuk voice over yang biasa digunakan dalam penerbitan filem dokumentari memperjelaskan latar cerita pada permulaannya. Rawi merupakan suara pada runut bunyi yang menceritakan tentang kejadian dalam filem. Bukan itu sahaja, rawi juga boleh berbentuk puisi atau monolog. Rawi boleh ditulis dalam bentuk deskripsi, instruktif, humor, atau retorik. Rawi akan disampaikan oleh perawi. Perawi tidak kelihatan dalam filem. Kita hanya boleh mendengar suara ghaib perawi sahaja. Dalam filem “Princesa” penggunaan rawi digunakan pada babak permulaan dan babak terakhir sahaja. Pada babak terakhir suara watak utama sebagai perawi digunakan bagi menceritakan kepada penonton kisah Fernanda pada zaman kanak-kanaknya yang lebih bersifat perempuan dan dipandang hina oleh kawan-kawannya. Dengan menggunakan rawi, penggunaan teknik imbas kembali dapat diketepikan dalam penceritaan sekali gus dapat mengurangkan durasi filem. Ingrid de Souza berjaya memainkan watak Fernanda dengan begitu berjaya sebagai lelaki transeksual dalam filem Princesa. Fernanda sebagai watak utama atau sentral dapat dikenal pasti apabila setiap frame filem hanya memfokusnya dari awal hingga akhir cerita. Kehadiran pelakon baru iaitu Cesare Bocci yang melakonkan sebagai seorang peguam berjaya berlakon dengan jayanya dalam filem tersebut. Manakala dalam aspek sinematografi, pada pendapat saya Princesa bukanlah filem yang terbaik dari aspek ini. Hal ini demikian kerana, jalan cerita digerakkan melalui diolog semata-mata dan bukan melalui penggunaan sinematograpi. Olahan sinematografi dari Guillermo Escalon merupakan seperti kebanyakan filem-fielm lain . Kejayaan filem ini mungkin disebabkan oleh faktor lain yang terdapat pada Princesa.


Mise-en-scene adalah perkataan Perancis yang bermaksud meletak atau melakonkan babak-babak bagi tujuan kamera. Mise-en-scene juga boleh membawa makna proses suntingan filem, daripada menyusun semua syot, babak hingga membentuk wayang gambar. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pembentukan mood atau kedudukan dan termasuk menstrukturkan filem malalui penempatan kamera dan pergerakan kamera dan pelakon. Mise-en-scene menetapkan ruang pergerakan pelakon dan arah di mana mereka bergerak, iaitu ia menentukan kawasan-kawasan aksi yang akan dilakonkan. Kompenen utama mise-en-scene ialah syot. Syot ialah istilah filem. Syot mendapat namanya kerana, pada suatu ketika dahulu, senapang ditembak untuk menghasilkan cahaya bagi menerangi perkara yang hendak dirakamkan oleh kamera. Filem adalah kumpulan beberapa ratus syot dan kekuatan dan kelemahan filem ini bergantung pada syot yang dimuatkan ke dalamnya. Terdapat beberapa jenis syot asas seperti syot jauh ekstrem, syot jauh, syot sederhana, syot dekat dan syot dekat ekstrem atau besar. Dalam filem Princesa gabungan syot-syot yang telah diolah dengan baik menampakkan kejelasan jalan cerita secara teratur dan bukannya bersimpang siur dengan berbagai teknik lain.


Diegetic sound merupakan sumber suara yang dilihat di skrin atau sumber-sumber yang tersirat untuk hadir dengan aksi filem. Istilah diegetic sound berasal daripada perkataan Greek iaitu “menceritakan cerita”. Antara diegetic sound ialah suara watak (dialog), suara yang dibuat oleh objek dalam cerita dan muzik yang dimainkan dalam ruangan cerita (sound effect). Setiap diegetic sound tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk sesebuah filem. Suara watak dapat diklafikasikan sebagai suara yang dituturkan oleh pelakon-pelakon bagi mengerakkan sesuatu jalan cerita. Manakala sound effect merupakan bunyi yang ditambah bagi mendatangkan mood-mood yang diinginkan oleh pengarah bagi menimbulkan sesuatu kesan yang diperlukan. Penggunaan sound effect banyak digunakan dalam filem Hollywood terutamanya filem-filem yang mempunyai aksi. Dengan penggunaan sound effect dalam sesebuah filem akan dapat menimbulkan kesan yang lebih dramatik dan real. Diegetic sound dapat dibahagikan kepada dua iaitu on screen dan off screen. Kedua-duanya berbeza. On screen boleh didefinasikan sebagai suara yang sumbernya kelihatan dalam frame filem. Sebagai contoh, dua orang watak sedang berbicara dihadapan kamera. Ini dikatakan on screen kerana kedua-dua watak tersebut merupakan sumber suara yang kelihatan dalam frame filem. Manakala diegetic sound off screen bermaksud sebaliknya iaitu suara yang didengari yang sumbernye tidak kelihatan dalam frame filem yang ditayangkan. Sebagai contoh, pandangan kamera menghalakan kearah sesuatu kawasan dan dalam masa yang sama suara yang diucapkan tanpa sumbernya tidak ditunjukkan. Penggunaan diegetic sound on screen digunakan secara menyeluruh dalam filem Princesa namun non-diegetic tidak dilupakan.



Non- diegetic sound merupakan sumber suara yang tidak kelihatan pada skrin atau tersirat untuk hadir dalam sesuatu aksi. Diegetic sound berbeza dengan non-diegetic sound. Non-diegetic sound merupakan suara yang dipersembahkan berasal daripada sumber luar ruangan cerita. Perbezaan antara bunyi diegetic dan bunyi non-diegetic bergantung pemahaman kita tentang terhadap sesuatu cerita. Antara non- diegetic sound ialah ulasan narrator. Ulasan narrator atau dikenali juga sebagai ulasan komentar. Ulasan komentar kebiasaannya digunakan pada permulaan bertujuan untuk mendedahkan sesuatu maklumat kepada penonton. Ulasan komentar banyak digunakan dalam pembikinan filem dokumentari sebagai pendedah maklumat tentang sesuatu kejadian atau sebagai informasi. Antara non-diegetic sound yang lain iaitu kesan bunyi yang ditambah. Kesan bunyi ini banyak digunakan dalam pembikinan sesebuah cerita untuk menampakkan kesan yang lebih dramatik. Sebagai contoh bunyi gendang yang dimainkan ketika adegan perang, bunyi kicauan burung di padang bagi melihatkan ketenangan dan sebagainya. Muzik latar juga merupakan salah satu daripada non-diegetic sound. Muzik yang bersesuaian dengan latar masa dan kejadian akan menghidupkan lagi jalan cerita yang ingin dibawa. Muzik instrument yang digunakan dalan filem Princesa sedikit sebanyak telah membangkitkan suasana yang ceria. Sebagai contoh muzik intrument ketika menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukan oleh watak tanpa sebarang dialog. Kebiasaannya non-diegetic sound digunakan untuk berbagai jenis bunyi, antaranya bunyi yang seram bagi cerita horror, dan menggunakan muzik komedi untuk cerita humor, sedih bagi cerita bermain emosi, ganas dan sebagainya. Parallel dan contrapuntal juga sebahagian daripada Non-Diegetic sound. Parallel sound merupakan bunyi yang kedengaran secara samar-samar sebagai contoh bunyi suara orang di dalam sebuah majlis parti, persekitaran stadium, orang ramai di pantai dan sebagainya. Parallel sound hadir serentak dengan lagu tema sesebuah filem bagi mencetuskan effect yang lebih dramatic. Manakala contrapuntal sound boleh dikelaskan sebagai bunyi kesan dari sesuatu kejadian. Sebagai contoh bunyi enjin pesawat ketika perang, bunyi binatang menerkan yang disertakan dengan muzik latar filem tersebut. bunyi tersebut banyak digunakan dalam filem-filem aksi, fiksyen sains, seram dan seumpamanya. Kedua-dua sound tersebut tidak kedengaran dalam filem Princesa. Disebabkan latar cerita yang tidak sesuai maka kedua-dua sound tersebut tidak dimasukkan sekali. Non-diegetic sound ditambah semasa proses penyuntingan bagi mendapatkan mood-mood tertentu dalam sesebuah cerita.kejayaan sesebuah filem banyak bergantung kepada pengarahnya, namun keaslian cerita menjadi tunjangnya. Pelakon yang berkebolehan merupakan bonus dalam sesebuah produksi bagi turut menjayakan. Tuntasnya, gabungan segala aspek produksi mampu melahirkan filem yang bermutu dari segala macam hal dan tidak mustahil memperoleh gelaran award.

No comments:

Post a Comment