Wednesday, September 22, 2010

Film Genre: Definition

Janet Staiger argues that Hollywood films are never pure genres, because most Hollywood movies blend the love oriented plot of romance genre with other genres. Staiger claims that the genre of a film can be defined in four ways. The “id ealist method” judges films by a predetermined standard. The “empirical method” identifies the genre of film by comparing it to a list of films already deemed to fall within a certain genre. The “priori” method uses common generic elements which are identified in advance. The “social conventions” method of identifying the genre of a film is based on the accepted cultural consensus within society. Jim Collins claims that since the 1980s, Hollywood films have been influenced by the trend towards “ironic hybridization” in which directors combine elements from different genres, as in the case of the Western-Science fiction mix in Back to the Future 3.

A genre is always a vague term with no fixed boundaries. Many works also cross into multiple genres. In this respect film theorist Robert Stam has noted whether “genres really are out there in the world, or are they merely the constructions of analysts. “As well hehas asked whether genres are “timeless platonic essences or ephemeral, time-bound entities”. Are genres cultural bound or trans cultural? Stam has also asked whether genre analysis should aim at being descriptive or prescriptive. While some genres are based on story content (war films) others are borrowed from literature (comedy, melodrama) or from other media, (the musical). Some are performer based (the Fred Astaire and Ginger Rogers films) or budget based (blockbusters) while others are based on artisitic status (the art film), racial identity (Black Cinema), location (the western) or sexual orientation (queer cinema).

Many genres have built in audiences and corresponding publications that support them, such as magazines and websites. Films that are difficult to categorise into a genre are often less successful. As such, film genres are also useful in areas of marketing, criticism and consumption. Hollywood story consultant John Truby states that “you have to know how to transcend the forms (genres) so you can give the audience the sense of originality and surprise”. Some screenwriters use genre as a means of determining what kind of plot or content to put into a screenplay for a film. They may study films of specific genres to find examples. This is a way that some screenwriters are able to copy elements of successful movies and pass them off in a new screenplay. It is likely that such screenplays fall short in originality.

Screenwriters often attempt to defy the elements found in past works, as originality and surprise are seen as elements that make for a good film. For example European filmed spaghetti westerns changed the western film genre by deliberately avoiding many of the conventions of earlier westerns.

There are other methods of dividing films into groups beside genres. For example auteur (a filmmaker whose movies are characterised by a filmmakers creative influence) critics group films according to their directors. Some groupings may be casually described as genres although the definition is questionable. For example, while independent films are sometimes discussed as if they are a genre in and of themselves, independent productions can belong to any genre. Similiarly, art films are referred to as a genre, even though an art film can be in a number of genres.



Tuesday, September 21, 2010

Filem Tanpa Moral

Petikan Utusan Malaysia 22 September 2010

FILEM merupakan suatu medium yang mempunyai pelbagai genre seperti drama, romantik, komedi, aksi dan seram yang bertujuan memberi pilihan kepada para penonton.

Bukan setakat hiburan, filem adakalanya turut memainkan peranan sebagai alat propaganda politik dan bersifat keislaman dalam usaha untuk menyebarkan dakwah agama ini.

Filem berunsur Islam boleh diselitkan sebagai satu lagi genre dan ia semakin mendapat perhatian para pembikin filem dan penonton walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, ramai yang masih keliru mahupun berselisih pendapat berhubung definisi filem Islam.

Dalam konteks bidang perfileman di negara ini, para peminat telah disajikan dengan beberapa filem yang dikatakan boleh dikategorikan sebagai Islam sejak era tahun 1950-an lagi.

Sebagai contohnya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mengarah dan membintangi filem Semerah Padi pada 1956 yang memaparkan elemen-elemen ajaran Islam di dalamnya.

Adegan filem itu antara lain memaparkan adanya elemen ajaran Islam yang mengenakan hukuman sula terhadap pasangan yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan.

Perkara itu membuktikan bahawa sejak dunia perfileman Melayu mula bertapak di Singapura pada awal tahun 1940-an sudah ada pengaruh Islam di dalamnya.

Namun ramai yang terus memperkatakan kesyumulan ajaran Islam yang cuba diterapkan dalam filem genre ini kerana ia dikatakan belum 100 peratus menepati kriterianya.

Bagi pensyarah Fakulti Penulisan, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara), Dr. Faisal Tehrani sehingga kini dia belum bertemu dengan filem Islam yang dimaksudkan itu.

"Bagi saya, setakat ini belum ada satu filem pun di Malaysia yang boleh dikategorikan sebagai sebuah filem Islam daripada segi naratifnya. Kalau dokumentari berunsur Islam memang banyak.

"Ini kerana Islam itu berkait rapat dengan ilmu dan menjurus kepada kebaikan yang sejati. Bolehkah filem itu dikatakan sebuah filem Islam kalau masih ada unsur mungkar di dalamnya?

"Misalnya, pelakon wanita tidak menutup aurat ataupun lelaki dan wanita bukan muhrim berpegang tangan?" Soalnya kepada Mega dalam satu perbualan baru-baru ini.

Hujah yang dilontarkan oleh Dr. Faisal ada benarnya. Andai diperhatikan, industri sinema Malaysia sejak kebelakangan ini lebih cenderung menerbitkan filem-filem yang bertentangan dengan budaya masyarakat negara ini.

Karyawan filem Melayu dilihat semakin terbuka dalam berkarya dan masing-masing seperti mahu menjadi jaguh dalam gelanggang filem.

Kerana keterbukaan itu jugalah maka kita menyaksikan filem-filem seperti ... Dalam Botol, Dua Alam, Chukang dan beberapa lagi filem lain diterbitkan.

Kebimbangan sebilangan besar daripada masyarakat Malaysia ialah sampai bilakah kita harus membenarkan karya-karya sebegini diterbitkan?

Dan berapa banyak jugakah filem yang bertemakan Islam yang dihasilkan oleh karyawan filem hari ini yang boleh kita senaraikan?

Barangkali, dalam tempoh sedekad lalu, kita mungkin hanya teringatkan filem Syukur 21 (2001).

Raihan yang berlakon sebagai teraju utama filem itu menggunakan elemen percintaan dan teknologi telekomunikasi bagi mengembangkan naratif tentang perkembangan Islam di dalamnya.

Perkembangan itu dilihat bukan setakat mempopularkan mesej Islam dalam filem tetapi ia juga didasari sentimen kebangkitan irama nasyid dalam persada muzik tempatan pada 1997.

Senario itu dapat dilihat apabila Raihan yang ketika itu muncul dengan album sulung, Puji-Pujian mencatat jualan 750,000 unit sebagai album tempatan paling laris di negara ini.

Apa pun perkembangan itu juga dilihat sebagai salah satu usaha berbentuk eksperimen untuk memperkembangkan lagi populariti irama nasyid bersama pengaruh Islam di sebaliknya.

Biarpun kurang mendapat sambutan ramai tetapi ia merupakan salah satu usaha MIG Production yang menerbitkan filem itu menjadikan Islam sebagai subjek penting penceritaannya.

Sepatutnya usaha tidak terhenti setakat itu, sebaliknya para pembikin filem tanah air harus terus menggali lebih banyak formula bagi menghasilkan filem-filem berunsur Islam.

Filem Melayu berunsur Islam ditonton oleh majoriti penonton berbangsa Melayu. Selain itu, ia juga menyediakan pasaran yang luas di luar negara terutamanya di negara-negara Islam.

Paparan tentang elemen Islam bukan sahaja diterima oleh penganut agama itu, malah sudah banyak filem dari negara-negara Islam yang diterima dalam festival-festival di Barat.

The Color of Paradise (2000) filem Iran arahan Majid Majidi antara filem yang mendapat banyak pencalonan dan memenangi anugerah di festival filem Barat termasuklah di Cannes, Perancis.

Ia menjadi bukti bahawa filem Islam bukan sahaja sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat, tetapi ia juga menyediakan pasaran yang luas termasuklah di festival seperti itu.

The Ghost Writer: Merungkai Sinkretisme Politik

MALARVILI MEGANATHAN
AEA 080125



Pena dan tinta sarjana politik tidak pernah lari daripada merungkai hubungan intim dua kuasa besar : Britain yang pernah menguasai dunia, dan Amerika Syarikat yang sedang menguasai dunia. Sejak sedasawarsa yang lalu, Britain dibawah teraju Tony Blair, bak boneka Amerika Syarikat bertindak mengaburi mata dunia melalui propaganda ‘war on terror’, ke atas Afganistan. ‘Hubungan istimewa’, ini menjadi ilham Robert Harris untuk tampil dengan novel thriller politik, ‘The Ghost’, yang diadaptasikan ke layar perak oleh pemenang Oscar Roman Polanski. Sejauhmanakah kombinasi Robert Harris dan Roman Polanski berjaya di layar perak? mencetuskan perdebatan klasik dalam kalangan akademia pengkritik filem.


Pada dasarnya harapan khalayak ke atas filem Polanski setinggi kejora kerana pengarah berbakat besar ini pernah tampil dengan filem seperti The Pianist, Olivers Twist, dan Chinatown yang meletakkannya sebaris dengan penglipurlara moden yang berwibawa. Namun the The Ghost Writer, berlayar terlalu mudah di tangan Polanski, yang dinobatkan sebagai pengarah terbaik di Festival Filem Berlin. Polanski, terlalu berhati-hati, tidak bereksperimen dan mengambil enteng tahap keintelektualan khalayak.


Adegan perjalanan the ghost writer dari kediamannya ke vila mewah di Marthas Vineyard, dan adegan berbasikal meredah ribut mencari bukti kematian penulis sebelumnya terlalu meleret sehingga membuatkan penonton hilang sabar. Kebosanan yang mula menggigit pangkal rasa ini ditambah dengan latar tempat yang cuba mencari kemodenan dalam selimut konservatif. Pulau persendirian yang sunyi, vila mewah yang secara literalnya kelabu dengan lukisan abstrak, mungkin diharap dapat membangkitkan suasana dingin dan kaku yang menyelubungi kehidupan seorang bekas perdana menteri Adam Lang, namun tidak kesampaian.


Malah, peleraiannya dimana ‘The Ghost Writer’, merungkai misteri bahawa isteri Adam, Ruth Lang merupakan seorang agent CIA yang menyamar sejak zaman universiti, dan secara langsung mempengaruhi segala keputusan politik suaminya, kelihatan terlalu mudah. Perkataan ‘the beginnings’, yang bermaksud setiap permulaan bab baharu dalam manuskrip yang diedit oleh the ghost writer membawa kepada peleraian misteri ini dianggap lapuk dan klise. Di sinilah muncul persoalan besar yang didebatkan, adakah Polanski memandang rendah keintelektualan khalayak yang sudah didedahkan dengan siri Criminal Minds, CSI Miami, Leverage, NCIS, dan Numbers yang jauh lebih mencabar minda dengan penggunaan teknologi forensik? Kesalahan yang dibenarkan dalam buku Robert Harris tetapi bukan dalam filem pengarah hebat era pasca modenisme seperti Polanski.


Musik latar yang tergolong dalam elemen diagetic sound, merupakan nadi dalam komunikasi sesebuah naratif. Music yang dikatakan sebagai ‘universal language of man kind’ boleh memberikan dampak yang membangitkan emosi penonton. Umpamanya musik latar yang berkesan dan menjadi sebutan hingga kini, lagu ‘My heart will go on’, dendangan Celine Dion menerusi antara filem terhebat James Cameron Titanic. Kejayaan Titanic sedikit sebanyak dipengaruhi oleh music latar yang begitu meruntun emosi. Namun musik latar yang sama, ala Sherlock Holmes dalam ‘The Ghost Writer’ tidak memenuhi selera khalayak terutamanya generasi muda. Malah,repetasi musik yang sama tiap kali muncul pekara yang mencurigakan, membunuh rasa ingin tahu penonton yang sudah mampu menghidu misteri.


Di sebalik beberapa kelemahan, sutradara Polanski tetap menempatkan namanya pada kelas yang tersendiri. Sebuah adaptasi yang adil kepada pengarang, naratif yang utuh, tema dan persoalan yang jarang sekali dipamerkan oleh pengarah filem Holloywood dengan berani, lakonan yang dijiwai oleh barisan pelakon yang diterajui oleh mantan ‘James Bond’,Pierce Brosnan,Ewan McGregor,Olivia Williams dan Kim Catrall berjaya menambat penonton membuktikan bintang Polanski tetap bersinar dan sukar ditandingi.


Jenayah perang yang dilakukan oleh George W.Bush dan Tony Blair ditonjolkan oleh Polanski dengan berani. ‘The Ghost Writer’ seorang penulis tanpa nama yang diupah untuk menulis autobiografi Adam Lang , bekas perdana menteri Britain yang bermastautin di Amerika kerana mendapat lindungan diplomatik. Sarjana Neil Hicks, berpendapat bahawa, “a conflict that results in a significant transition that alters the surrounding society creates drama.” Plot Polanski sesungguhnya menepati criteria Hicks. Malah jika dikaji dari aspek poetic justice, Adam Lang akhirnya mati ditembak ayah seorang prajurit yang meninggal dunia di perang Afganistan, sesuatu yang begitu simbolik ditambah dengan tempat kejadian, Lapangan terbang New Heaven.


Pengakhiran cerita juga mendapat sentuhan tersendiri Polanski yang mampu berlegar di laman minda penonton walaupun telah lama meninggalkan panggung. Setelah menyerahkan sekeping nota kepada Ruth yang menandakan dia telah merungkai rahsia yang terkubur di sebalik manuskrip, the ghost writer meredah malam dingin bersama manuskrip asal yang disuntingnya. Sebuah teksi meluru pantas. Dentuman kedengaran.Helaian manuskrip berterbangan membawa bersama rahsiahnya. Sebuah pengakhiran yang cukup dramatik bagi seorang penulis tanpa nama yang secara literalnya tidak disebut namanya walaupun sekali dalam filem ini memperlihatkan kehalusan Polanski membentuk watak utamanya.


The Ghost Writer pasti memukau penonton dengan dialog yang begitu bermakna dan mendalam walaupun ketika berseloroh. Skrip filem yang bermutu jauh dari filem picisan tempatan ini perlu dijadikan kayu ukur penulis muda yang mula bertatih dalam inidusrti ini. Ruth Lang dengan tajam menyindir The Ghost Writer, “Im sorry, I believe even ghost must have feelings,” dan dengan nada yang selamba, Ewan McGregor membalas “of course, we are sensitive spirits,” yang secara tidak langsung memberitahu Ruth yang dia mencurigai kematian penulis sebelumnya. Malah, sewaktu penulis tanpa nama ini menemuramah Adam Lang, dialog ini menyengat. “ I believe acting during your days at Cambridge must have been useful in your years in politics.” yang dibalas dengan sinis oleh Adam Lang,”Sure, you go up the stage and pretend as someone else, and the crowd actually applause for it.”

Filem diangkat sebagai senjata ampuh abad ini kerana mampu berkomunikasi dengan masyarakat dunia. “The Ghost Writer’, tidak sekadar mencetuskan anjakan paradigma dalam minda khalayak untuk memahami politik kuasa bahkan menyalakan kandil, mengajak masyarakat terutamanya penulis untuk menyelar keganasan,kerana penulis memegang kuasa untuk mengubah dunia. Persoalannya antara mahu ataupun tidak, bak kata The Ghost Writer, ‘the heart of a writer that matters the most.’’

Saturday, September 18, 2010

Sila Kemukakan Tugasan!

* Saya kesal masih ada kalangan pelajar yang belum mengemukakan tugasannya di blog ini. Kelewatan saudara-saudara akan menjejaskan nilai pemarkahan.

Hal ini sangat mendukacitakan. Untuk makluman saudara, blog ini turut dipantau oleh Ketua Jabatan Pengajian Media.

Pastikan saudara-saudara menyiapkan skrip filem pendek tepat pada masanya. Saya ingin mengingatkan bahawa sekiranya tiga tugasan saudara tidak lengkap, saudara berdepan dengan kemungkinan gagal bagi subjek ini.

Yang Benar - Dr Faisal Tehrani.

Sunday, September 5, 2010

FISH TANK

FISH TANK
JEYAPRAGASH JEYAMURTHI AEA 080091

Fish Tank ialah sebuah filem british yang dihasilkan pada 2009. Filem ini diarahkan oleh Andrea Arnold. Filem ini telah memenangi hadiah Juri di Festival Filem Cannes yang ke -62. Selai daripada itu. Filem ini juga telah memenangi anugerah BAFTA British. Filem ini digambarkan di Merdyke Estate di Havering, iaitu Bandar Tilbury dan A13. File mini diterbit oleh BBC Films dan UK Film Council.
Filem ini dibintangi oleh Katie Jarvis yang memainkan watak utama iaitu Mia, Micheal Fassbender yang memainkan watak Connes dan Kierton Wareing yang memainkan watak Joanne Williams.

Pada pendapat saya, filem ini merupakan filem yang mengikuti gaya Hollywood. Cerita filem ini adalah mengenai kehidupan seorang remaja perempuan yang berasa terbiar dan ingin melakukan apa saja mengikut kehendaknya.Walaupun Mia seorang perempuan tetapi gayanya sangat berani, tidak takut, dan sanggup cuba apa saja. Filem ini merupakan cerita antara dua detik kehidupan iaitu dari kematian ayah Mia yang tidak ditunjukkan dalam filem hingga Mia meninggalkan keluarganya dan ingin membentuk kehidupan sendiri.

Terlebih dahulu, plot cerita ini perlu dibincangkan. Ceritanya mengenai watak Mia yang merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 15 tahun yang di sebuah estet Essex bersama ibu tunggal dan adik perempuannya Tyler. Mia adalah seorang yang suka bersendirian dan suka mewujudkan masalah. Pada permulaan ceritanya, Mia akan berlawan dengan dengan remaja yang lain di estet tersebut. Tarian Hip-hop adalah satu-satunya kegemaran Mia. Mia suka menari dan melatih tarian hip-hop dengan bersendirian di rumah flatnya.
Ibu tunggal Joanne mendapatkan seorang teman lelaki baru yang bernama Connor. Connor bekerja sebagai seorang pengawal si sebuah kilang. Connor mewujudkan hubungan yang baik dengan Mia dan melayannya sebagai anak.
Connor dan Joanne mengadakan sebuah parti alcohol di rumahnya, Mia telah meminum arak yang berlebihan lalu terbaring di katil Joanne. Pada masa itu, Connor mengangkat Mia ke biliknya dan menanggalkan kasut dan seluar supaya Mia dapat tidur dengan lebih selesa.

Pada suatu hari, Connor, Joanne, Mia dan Tyler bercadang untuk keluar berkelah. Connor membawa mereka ke sebuah sungai di kawasan pedalaman. Disitu, Connor mengajar Mia untuk menangkap ikan menggunakan tangan. Semasa Mia turun kedalam sungai, kaki Mia tercedera akibat terhentak batu dalam sungai. Connor memberi rawatan kecemasan kepada Mia dan mengangkatnya ke kereta.
Connor bergaul dengan Mia agak terhad tetapi Mia pula cuba menarik perhatian Connor. Pada suatu malam, Mia ternampak Connor dan ibunya mengadakan seks dalam bilik mereka. Mia berasa geram lalu menghentak pintu biliknya bdua kali supaya menarik perhatian Connor terhadap Mia. Pada hari esok, Mia ternampak satu iklan pub yang memerlukan penari hip-hop yang mengadakan pemilihan penarinya. Connor memberi dorongan kepada Mia untuk menyertai pamilihan tersebut. Connor pinjam video kameranya kepada Mia untuk merekodkan tariannya untuk menghantar ke pemilihan penari hip-hop. Tiba-tiba seorang pekerja amal mengunjungi rumah Joanne untuk berbincang tentang pelajaran Mia. Mia telah berlari dari rumah apabila mengetahui lalu berjumpa dengan Billy dalam semasa berlepak di sana.


Mia menerima panggilan untuk datang ke sesi uji bakat untuk pemilihan penari hip-hop dari pub. Pada malam hari itu, Connor ajak Mia untuk menari tarian yang persembahkan di sesi uji bakat di depannya. Mia menari di depan Connor untuk lagu kegemaran Connor di runag tamu rumahnya. Selepas Mia menari, Connor ajak Mia untuk duduk di sebelahnya. Tiba-tiba Connor dan Mia mengadakan hubungan sex di ruang tamu manakala Joanne pula telah tidur di biliknya di tingkat atas disebabkan mabuk. Connor memberitahu Mia supaya jangan beritahu hal ini pada sesiapa dan jadikan ia rahsia.
Pada hari esok pagi, Joanne menangis seorang diri di rumah. Tyler memberitahu pada Mia bahawa Conner telah keluar dari rumah meninggalkan keluarga. Mia telah berjaya mencari Conner di rumahnya di Tilbury. Disana, Conner memberitahu pada Mia bahawa dia tak boleh pulang kepada Joanne dan tak boleh bersemuka dengan Mia lagi. Conner memberi wang kepada Mia dan menurunkannnya dengan mencium di mulut.
Tetapi, Mia pula kembali ke rumah Connor, didapati tiada orang di rumahnya. Mia cuba masuk ke dalam rumah untuk mengenalpasti kebenaran. Disana, Mia mengenalpasti Connor telah berkahwin sebelumnya dan ada seorang anak perempuan iaitu Keira. Mia terkejut apabila mengetahuinya lalu kencing di ruang tamunya.Tiba –tiba Connor telah pulang ke rumahnya. Mia telah keluar dari rumah melalui tingkap di dapur.
Mia ternampak Keira bermain di luar rumah . apabila Connor masuk ke dalam rumah, Mia ajak Keira untuk ikut bersamanya. Keira mula menangis dan ingin pulang ke rumah. Keira cuba lari dari Mia. Mereka datang ke Sungai Thames, di mana Keira cuba melarikan diri dari penculik itu. Mia menolak Keira, ke belakang ke dalam sungai. Dia hampir tenggelam, tapi Mia mampu menyelamatkan dia dengan memegang sebuah cabang baginya untuk selamaykannya. Mia menyesal dan menghantar Keira kembali ke rumahnya.

Semasa Mia berjalan pulang, Connor mengejar Mia. Dia cuba melarikan diri, tetapi Connor keluar dan mengejar-nya. Dia menampar dia keras di wajah, berbalik, dan mengusir.

Mia menghadiri sesi uji bakat, hanya untuk menemukan bahawa penyelenggara mencari penari erotis, bukan penari hip-hop di celana baggy. Mia cuba untuk melakukan, tetapi setelah berjalan keluar dari pentas apabila lagu bermula. Dia pergi untuk mencari Billy, dan mendapati bahawa kuda itu telah meninggal. Mia mula menangis. Billy mengatakan padanya bahawa dia adalah pergi ke Cardiff, dan mengundang dia untuk menemaninya.

Mia setuju dan bersiap sedia dengan membungkus barangan. Di ruang tamu, Joanne adalah dalam keadaan hampir trans-seperti, menari untuk Mia Nas CD. Joanne Mia memberitahu bahawa dia meninggalkan; Joanne nyaris tidak bertindak balas terhadap berita dan bersetuju bahawa dia lebih baik pergi. Mia, Joanne, menari Tyler untuk "Life's a Bitch dan Lalu anda Die." Di luar, Mia pelukan selamat tinggal Tyler ("Aku benci kamu" ". Aku benci kau juga."), Billy masuk ke kereta dan didorong pergi ke kehidupan baru di tempat lain.


Pada pandangan saya Mia adalah sebuah watak yang senang terpedaya dengan emosi dan dia akan menunjukkannya dengan kegeraman. Ini telah ditunjukkan dalam filem oleh Andrea Arnold. Selain daripada itu, Mia juga watak yang inginkan kebebasan. Kebebasan yang terhad Mia membuatkan dia ingin keluar dan perlukan seorang pasangan untuk mengambil berat tentang Mia.Ini telah terbukti apabila pada suatu malam, selepas dia dan Connor mempunyai keduanya telah minum, ia meminta untuk melihat tarian yang rutin ia akan tampil di kelab. Dia menari "California bermimpi '." Connor kemudian menjemput dia untuk duduk di sampingnya, mereka akhirnya melakukan seks di ruang tamu sementara Joanne adalah pengsan atas mabuk. Hubungan seks tersebut bukan disebabkan kesayangan tetapi hanya disebabkan oleh emosi. Setelah itu, Conner mengatakan Mia bahawa ia harus dijadikan rahsia apa yang berlaku di antara mereka sulit, dan kembali ke Joanne.
Selain daripada itu, filem juga mengambarkan kanak-kanak akan ketagih dengan aktiviti - aktiviti yang tidak sepatutnya. Jika ibu bapa tidak menjaga dan mengambil berat tentang mereka. Ini telah digambarkan melalui watak Tyler iaitu adik Mia. Tyler merupakan watak yang berusia kanak-kanak yang telah terbiar mengikut sesuka hati dalam rumahnya.
Walaupun jalan cerita filem ini agak perlahan, terdapat juga scene-scene yang menarik perhatian audien. Filem ini dapat menarik minat audien kerana ceritanya sangat realistik dan menunjukkan situasi – situasi yang biasa wujud sebagai konflik dalam sesebuah keluarga. Contohnya, konflik yang biasa wujud di antara Joanne dengan Mia menunjukkan konflik biasa wujud antara seorang ibu dengan anak.
Dalam produksinya, Katie Jarvis yang memainkankan watak Mia, tidak mempunyai pengalaman berlakon sebelumnya . Dia melemparkan untuk filem itu setelah salah seorang pembantu casting Arnold melihat bertengkar dengan pacarnya di stesen kereta api Kota Tilbury, yang merupakan stesen dipaparkan dalam filem ini.

Fish Tank difilemkan dalam urutan kronologi. Pada akhir setiap minggu pelakon diberi naskah untuk adegan bahawa mereka akan melakukan minggu berikutnya sehingga mereka melakukan adegan masing-masing mereka tidak menyedari apa yang akan terjadi kemudian watak mereka dalam filem tersebut.
Muzik ciri mencolok dalam filem ini, terutamanya berkaitan dengan penari Mia. Lagu ini ia menggunakan dii dia a sesi uji bakat adalah "" California dreamin ', seperti yang diliputi oleh Bobby Womack (1968). CD dia meminjam dari Connor adalah The Best of Bobby Womack (2008), yang "California dreamin '" muncul di lagu 17, sebagai permintaan Mia.
Lagu lain termasuk "Life's a Bitch" by Nas, "Just to Get a Rep" by Gang Starr, "Online Down the Pace" by Gregory Isaacs dan "Original Nuttah" by Shy FX & Inggeris Apache.

Thursday, September 2, 2010

Sebuah Pengalaman Adaptasi

UNTUK mengadaptasi sesebuah karya dalam apa jua bentuk sekali pun, hakikatnya ia memang bukan satu kerja yang mudah.

Andai silap percaturan, ia boleh menjadi sebuah karya yang teruk dan sekali gus boleh menjatuhkan maruah penulis asal karya tersebut.

Sejarah dalam dunia perfileman di Hollywood sebelum ini sudah membuktikan bukan semua karya yang diadaptasi itu mampu meninggalkan kesan.

Sememangnya ia perkara yang membimbangkan untuk seorang penulis apabila ada pihak yang mahu mengangkat karya mereka sama ada ke layar perak ataupun televisyen.

Penulis novel terkenal, Alexander McCall Smith antara novelis yang begitu menjaga harta inteleknya daripada menjadi mangsa pihak yang tidak bertanggungjawab.

Bukan tidak pernah ada yang menghampirinya dan menawarkan peluang untuk mengadaptasi novel-novelnya.

Tetapi, bagi Smith, dia tidak mudah percaya dengan janji manis dan pujuk rayu pihak yang cuba mengaut keuntungan atas angin daripada hasil tulisannya.

Entah mengapa, apabila dihampiri oleh enam individu terkenal Hollywood yang berminat untuk mengadaptasi novel popularnya, The No. 1 Ladies Detective Agency, dia menerimanya dengan hati terbuka.

Enam individu yang dimaksudkan Smith itu bukan sembarangan iaitu Bob Weinstein, Harvey Weinstein, Anthony Minghella, Sydney Pollack, Richard Curtis dan Amy J. Moore.

“Apabila mereka berjumpa dengan saya dan menyatakan minat untuk menjadikan karya saya sebagai drama bersiri, saya memang agak ragu pada mulanya.

“Saya tidak mahu hasilnya nanti hanya akan memalukan saya sahaja sementelah novel ini antara yang terlaris dan mempunyai ramai pengikut.

“Tetapi, selepas yakin dengan kemampuan mereka dan menonton sendiri episod perdananya, saya mula meletakkan harapan yang tinggi kepada mereka.

“Tidak pernah saya menyangka ia akan menjadi sebuah tontonan yang cukup menarik dan mereka melakukan lebih daripada apa yang terjangkau oleh akal saya,” jelas Smith dalam satu sesi temu ramah dengan pihak media dari Asia baru-baru ini.

The No. 1 Ladies’ Detective Agency merupakan novel pertama daripada 11 judul novel yang ditulis Smith untuk siri penyiasatan itu.

Menyedari populariti siri itu yang memiliki peminatnya sendiri, ia telah mendorong BBC dengan kerjasama HBO untuk menerbitkannya menjadi sebuah drama bersiri.

Pada asalnya, The No. 1 Ladies’ Detective Agency mahu diterbitkan dalam bentuk filem tetapi selepas mengambil kira beberapa faktor, akhirnya ia bertukar menjadi tontonan di televisyen sahaja.

Seperti mana kejayaan novelnya, begitu juga dengan drama itu yang mendapat perhatian meluas apabila mula ditayangkan tahun lalu di Amerika Syarikat.

Apa yang membanggakan, The No. 1 Ladies’ Detective Agency diletakkan sebagai salah sebuah siri televisyen terbaik sepanjang tahun 2009 sebaris dengan siri lain seperti Glee, Modern Family dan True Blood.

Secara eksklusif untuk rakyat Malaysia, siri ini sudah pun mula ditayangkan bermula 30 Ogos lalu menerusi rangkaian HBO dan HBO HD.

Menyambung bicara, Smith memberitahu, dia memang terlibat secara langsung dalam pembikinan drama bersiri itu terutama dari aspek skrip.

Namun, dia tidak mahu menjadi seperti tikus yang membaiki labu kerana hasilnya sudah sempurna pada pandangan mata Smith.

“Cuma ada ketikanya ketika siri ini menjalani penggambaran di Botswana, Afrika Selatan mereka membenarkan saya untuk mengungkapkan action dan cut untuk salah satu adegan.

“Mungkin itu sahaja sumbangan saya untuk penghasilan drama ini,” kata penulis ternama yang sudah menulis lebih daripada 60 buah novel itu dalam nada berseloroh.
Secara ringkasnya, The No. 1 Ladies’ Detective Agency mengisahkan seorang penyiasat wanita pertama, Precious Ramotswe yang memiliki agensi penyiasatannya sendiri di Botswana.

Sepanjang mengendalikan bermacam-macam kes dan berdepan dengan kerenah pelanggannya, Ramotswe melalui pelbagai insiden yang cukup melucukan.

Ditambah pula dengan kehadiran seorang mekanik, J.L.B. Matekoni dan pembantu merangkap setiausaha Ramotswe, Grace Makutsi melengkapkan lagi perjalanan cerita dalam siri ini.

Biarpun tiada pengalaman berlakon, penyanyi R&B dan soul yang juga pemenang anugerah Grammy, Jill Scott diberi kepercayaan oleh pihak penerbit untuk membawakan watak Ramotswe.

Bagi watak Matekoni dan Makutsi pula, masing-masing dijayakan oleh Lucian Msamati dan Anika Noni Rose.

Walaupun pada mulanya, ramai yang skeptikal dengan kemampuan Scott tetapi ternyata dia memiliki bakat lakonan semula jadi dan menjadi buah mulut pengikut siri itu.
Ini dipersetujui oleh Smith yang merasakan Scott telah memberikan interpretasinya sendiri dalam memeran watak Ramotswe itu.

“Tetapi jujurnya, saya tidak pernah membayangkan rupa bentuk fizikal setiap watak yang saya tulis.

“Cuma saya ada menetapkan beberapa kriteria yang saya rasakan perlu ada dalam setiap watak itu.

“Saya memang terkejut melihat barisan pelakon yang dipilih dan saya merasakan pihak produksi telah membuat pilihan yang tepat,” ujar Smith yang juga seorang Profesor Emeritus Undang-Undang Perubatan di Universiti Edinburgh, Scotland.

Tetapi bagi penulis dan cendekiawan berusia 62 tahun itu, apa yang lebih membuatkannya bangga dengan The No. 1 Ladies’ Detective Agency ialah latar belakang kisah itu yang berlaku di Botswana.

Smith memberitahu, karyanya itu bukan sekadar untuk menghiburkan khalayak tetapi dalam masa yang sama ia masih lagi kuat menjunjung tradisi negara itu yang mungkin tidak diketahui ramai.

“Kerana itu apabila ada pihak yang mahu menzahirkan novel ini, saya benar-benar gembira apabila mereka mahu mengekalkan apa yang telah saya tulis sebelum ini.

“Kalau diperhatikan sedalam-dalamnya, The No. 1 Ladies’ Detective Agency menyelitkan tema yang sering kali melingkari masyarakat di sana khususnya melibatkan kaum wanita,” ujarnya.

Sumber Utusan Malaysia 3 September 2010.

Sunday, August 22, 2010

Princesa

Princesa dari arahan Henrique Goldman
Princesa
by:mohd amirul hasrie bin zakaria (AEA090124)


Sebuah filem arahan Henrique Goldman yang mengisahkan dilema seorang lelaki iaitu Ingrid de Souza yang memainkan watak sebagai Fernanda atau dikenali juga Princesa. Hasil tulisan skrip dari Ellis Freeman yang mengisahkan dilema manusia dalam menjalani kehidupan untuk memperoleh kehendak diri. Seperti filem-filem lain, Princesa juga berkiblatkan olahan dari filem Hollywood yang mempunyai pengenalan, konflik dan peleraian. Pengenalan yang dimulakan oleh Goldman sudah menunjukkan bahawa filem Princesa mengisahkan cerita mengenai transeksual apabila seorang pegawai pemeriksaan yang melakukan pemeriksaan ke atas tubuhnya. Fernanda yang berhijrah dari sebuah Bandar di amazon ke Itali untuk mendapatkan wang yang secukupnya untuk menjalani pembedahan tukar jantina agar menjadi wanita normal. Berhijrah ke Itali untuk memenuhi impiannya yang berterusan sejak kecil ; untuk mencari suami dan menjadi ibu kepada anak. Fernanda yang menganggap Charlo lakonan Biba Lerhue yang juga warga Brazil yang telah mencari keuntungan dengan menjadi pelacur di Itali sebagai idolanya. Melalui fabrizio, Fernanda bertemu dengan Karin lakonan Lulu Pecorari iaitu seorang pelacur transeksual yang berjaya. Kemuncak filem ini bertitik apabila Fernanda bertemu dengan Gianni ( Cesare Bocci) iaitu seorang peguam yang berumur 40-an. Gianni yang sudah mempunyai isteri tertarik dengan penampilan dan layanan Fernanda yang seakan perempuan membuatkan Gianni memutuskan hubungan dengan isterinya yang pada awalnya menolak kehadiran Fernanda. Namun disebabkan belas kasihan terhadap Fenanda yang ingin mencari wang untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan snaggup membayar untuk pembadahan tersebut. Kehidupan Fernanda terungkap dengan kebijaksanaan, belas kasihan dan humor digambarkan sebaik-baiknya oleh Goldman yang berkerjasama dengan penulis skripnya Ellis Freeman. Jalan cerita yang dikisarkan menjadikan plot yang diungkapkan menarik penonton untuk menunggu hingga selasai. Peleraiannya berlaku pada minit-minit terakhir cerita apabila Gianni kembali bersama isterinya dan Fernanda kembali ke jalanan sebagai pelacur transeksual. Namun sebelum penyelesaian penonton sedikit terkejut dengan watak utama apabila Fernanda ingin membunuh diri tetapi telah diselamatkan oleh pegawal keselamatan bangunan tersebut. Cerita arahan goldman tersusun rapi tanpa sebarang penggunaan teknik imbas kembali membuatkan jalan cerita senang difahami oleh penonton.



Filem “Princesa” menggunakan gaya dokumentari; menggunakan rawi pada sesetengah babak. Penggunaan rawi dalam bentuk voice over yang biasa digunakan dalam penerbitan filem dokumentari memperjelaskan latar cerita pada permulaannya. Rawi merupakan suara pada runut bunyi yang menceritakan tentang kejadian dalam filem. Bukan itu sahaja, rawi juga boleh berbentuk puisi atau monolog. Rawi boleh ditulis dalam bentuk deskripsi, instruktif, humor, atau retorik. Rawi akan disampaikan oleh perawi. Perawi tidak kelihatan dalam filem. Kita hanya boleh mendengar suara ghaib perawi sahaja. Dalam filem “Princesa” penggunaan rawi digunakan pada babak permulaan dan babak terakhir sahaja. Pada babak terakhir suara watak utama sebagai perawi digunakan bagi menceritakan kepada penonton kisah Fernanda pada zaman kanak-kanaknya yang lebih bersifat perempuan dan dipandang hina oleh kawan-kawannya. Dengan menggunakan rawi, penggunaan teknik imbas kembali dapat diketepikan dalam penceritaan sekali gus dapat mengurangkan durasi filem. Ingrid de Souza berjaya memainkan watak Fernanda dengan begitu berjaya sebagai lelaki transeksual dalam filem Princesa. Fernanda sebagai watak utama atau sentral dapat dikenal pasti apabila setiap frame filem hanya memfokusnya dari awal hingga akhir cerita. Kehadiran pelakon baru iaitu Cesare Bocci yang melakonkan sebagai seorang peguam berjaya berlakon dengan jayanya dalam filem tersebut. Manakala dalam aspek sinematografi, pada pendapat saya Princesa bukanlah filem yang terbaik dari aspek ini. Hal ini demikian kerana, jalan cerita digerakkan melalui diolog semata-mata dan bukan melalui penggunaan sinematograpi. Olahan sinematografi dari Guillermo Escalon merupakan seperti kebanyakan filem-fielm lain . Kejayaan filem ini mungkin disebabkan oleh faktor lain yang terdapat pada Princesa.


Mise-en-scene adalah perkataan Perancis yang bermaksud meletak atau melakonkan babak-babak bagi tujuan kamera. Mise-en-scene juga boleh membawa makna proses suntingan filem, daripada menyusun semua syot, babak hingga membentuk wayang gambar. Ia juga boleh ditakrifkan sebagai pembentukan mood atau kedudukan dan termasuk menstrukturkan filem malalui penempatan kamera dan pergerakan kamera dan pelakon. Mise-en-scene menetapkan ruang pergerakan pelakon dan arah di mana mereka bergerak, iaitu ia menentukan kawasan-kawasan aksi yang akan dilakonkan. Kompenen utama mise-en-scene ialah syot. Syot ialah istilah filem. Syot mendapat namanya kerana, pada suatu ketika dahulu, senapang ditembak untuk menghasilkan cahaya bagi menerangi perkara yang hendak dirakamkan oleh kamera. Filem adalah kumpulan beberapa ratus syot dan kekuatan dan kelemahan filem ini bergantung pada syot yang dimuatkan ke dalamnya. Terdapat beberapa jenis syot asas seperti syot jauh ekstrem, syot jauh, syot sederhana, syot dekat dan syot dekat ekstrem atau besar. Dalam filem Princesa gabungan syot-syot yang telah diolah dengan baik menampakkan kejelasan jalan cerita secara teratur dan bukannya bersimpang siur dengan berbagai teknik lain.


Diegetic sound merupakan sumber suara yang dilihat di skrin atau sumber-sumber yang tersirat untuk hadir dengan aksi filem. Istilah diegetic sound berasal daripada perkataan Greek iaitu “menceritakan cerita”. Antara diegetic sound ialah suara watak (dialog), suara yang dibuat oleh objek dalam cerita dan muzik yang dimainkan dalam ruangan cerita (sound effect). Setiap diegetic sound tersebut mempunyai peranan masing-masing dalam membentuk sesebuah filem. Suara watak dapat diklafikasikan sebagai suara yang dituturkan oleh pelakon-pelakon bagi mengerakkan sesuatu jalan cerita. Manakala sound effect merupakan bunyi yang ditambah bagi mendatangkan mood-mood yang diinginkan oleh pengarah bagi menimbulkan sesuatu kesan yang diperlukan. Penggunaan sound effect banyak digunakan dalam filem Hollywood terutamanya filem-filem yang mempunyai aksi. Dengan penggunaan sound effect dalam sesebuah filem akan dapat menimbulkan kesan yang lebih dramatik dan real. Diegetic sound dapat dibahagikan kepada dua iaitu on screen dan off screen. Kedua-duanya berbeza. On screen boleh didefinasikan sebagai suara yang sumbernya kelihatan dalam frame filem. Sebagai contoh, dua orang watak sedang berbicara dihadapan kamera. Ini dikatakan on screen kerana kedua-dua watak tersebut merupakan sumber suara yang kelihatan dalam frame filem. Manakala diegetic sound off screen bermaksud sebaliknya iaitu suara yang didengari yang sumbernye tidak kelihatan dalam frame filem yang ditayangkan. Sebagai contoh, pandangan kamera menghalakan kearah sesuatu kawasan dan dalam masa yang sama suara yang diucapkan tanpa sumbernya tidak ditunjukkan. Penggunaan diegetic sound on screen digunakan secara menyeluruh dalam filem Princesa namun non-diegetic tidak dilupakan.



Non- diegetic sound merupakan sumber suara yang tidak kelihatan pada skrin atau tersirat untuk hadir dalam sesuatu aksi. Diegetic sound berbeza dengan non-diegetic sound. Non-diegetic sound merupakan suara yang dipersembahkan berasal daripada sumber luar ruangan cerita. Perbezaan antara bunyi diegetic dan bunyi non-diegetic bergantung pemahaman kita tentang terhadap sesuatu cerita. Antara non- diegetic sound ialah ulasan narrator. Ulasan narrator atau dikenali juga sebagai ulasan komentar. Ulasan komentar kebiasaannya digunakan pada permulaan bertujuan untuk mendedahkan sesuatu maklumat kepada penonton. Ulasan komentar banyak digunakan dalam pembikinan filem dokumentari sebagai pendedah maklumat tentang sesuatu kejadian atau sebagai informasi. Antara non-diegetic sound yang lain iaitu kesan bunyi yang ditambah. Kesan bunyi ini banyak digunakan dalam pembikinan sesebuah cerita untuk menampakkan kesan yang lebih dramatik. Sebagai contoh bunyi gendang yang dimainkan ketika adegan perang, bunyi kicauan burung di padang bagi melihatkan ketenangan dan sebagainya. Muzik latar juga merupakan salah satu daripada non-diegetic sound. Muzik yang bersesuaian dengan latar masa dan kejadian akan menghidupkan lagi jalan cerita yang ingin dibawa. Muzik instrument yang digunakan dalan filem Princesa sedikit sebanyak telah membangkitkan suasana yang ceria. Sebagai contoh muzik intrument ketika menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukan oleh watak tanpa sebarang dialog. Kebiasaannya non-diegetic sound digunakan untuk berbagai jenis bunyi, antaranya bunyi yang seram bagi cerita horror, dan menggunakan muzik komedi untuk cerita humor, sedih bagi cerita bermain emosi, ganas dan sebagainya. Parallel dan contrapuntal juga sebahagian daripada Non-Diegetic sound. Parallel sound merupakan bunyi yang kedengaran secara samar-samar sebagai contoh bunyi suara orang di dalam sebuah majlis parti, persekitaran stadium, orang ramai di pantai dan sebagainya. Parallel sound hadir serentak dengan lagu tema sesebuah filem bagi mencetuskan effect yang lebih dramatic. Manakala contrapuntal sound boleh dikelaskan sebagai bunyi kesan dari sesuatu kejadian. Sebagai contoh bunyi enjin pesawat ketika perang, bunyi binatang menerkan yang disertakan dengan muzik latar filem tersebut. bunyi tersebut banyak digunakan dalam filem-filem aksi, fiksyen sains, seram dan seumpamanya. Kedua-dua sound tersebut tidak kedengaran dalam filem Princesa. Disebabkan latar cerita yang tidak sesuai maka kedua-dua sound tersebut tidak dimasukkan sekali. Non-diegetic sound ditambah semasa proses penyuntingan bagi mendapatkan mood-mood tertentu dalam sesebuah cerita.kejayaan sesebuah filem banyak bergantung kepada pengarahnya, namun keaslian cerita menjadi tunjangnya. Pelakon yang berkebolehan merupakan bonus dalam sesebuah produksi bagi turut menjayakan. Tuntasnya, gabungan segala aspek produksi mampu melahirkan filem yang bermutu dari segala macam hal dan tidak mustahil memperoleh gelaran award.

BREAKING AND ENTERING

BREAKING AND ENTERING

SARALA MOGAN
AEA080352


Semua perhubungan dibina berasaskan sesuatu peraturan. Kenapa manusia yang mewujudkan peraturan tersebut tidak boleh melanggarnya? Bukankah perlanggaran peraturan membuka ruang yang baru kepada seseorang untuk membawa perhubungan tersebut kepada peringkat yang baru.

“Breaking the rules and entering to a new level is a beginning of the meaningful relationship.” Kemungkinan besar ia akan memberi hasil yang tidak diharapkan oleh kita. Tetapi hasilnya pasti sesuatu yang berbaloi kerana permulaan pencarian adalah permulaan peringkat yang baru dalam sesuatu perhubungan.

Pada mulanya ia akan mewujudkan perselisihan faham dan kekecewaan terhadap satu sama lain. Hati kita akan berbisik begini,



“When do u stop looking at each other

Shouldn’t there be a warning?

Shouldn’t somebody say to us “Hey,

watch out, pay attention”

Because you can be thinking, “I’m okay, we’re okay, we’re good.”

Then you turn around and…

a distance between you…”

Bisikan tersebut melambangkan harapan yang berputik daripada kekecewaan. Bisikan tersebut juga permulaan perhubungan dan permulaan “Breaking and Entering” karya Anthony Minghella.

      
Anthony Minghella ialah seorang pengarah, penulis, pelakon dan guru dalam teater. Beliau menghasilkan beberapa filem pada pengakhiran abad ke-20. “Truly Madly Deeply” (1990), ialah filem yang berjaya memperkenalkan Anthony sebagai seorang pengkarya filem yang berkelebihan luar biasa. Karya beliau mengandungi emosi dan texture yang mendalam. Filem “ The English Patient” (1996), ialah filem yang meraihkan 3 anugerah Academy dan menaikkan lagi status beliau sebagai penulis dan pengarah yang berkebolehan menyampaikan pertunjukkan yang hebat. Beliau juga menghasilkan filem –filem yang diadaptasikan daripada beberapa novel seperti “ The Talented Mr. Ripley” (1999) dan “Cold Mountain” (2003). Kedua-dua filem tersebut dicalonkan bagi beberapa anugerah. Pertunjukan pentas Anthony ialah “Madam Butterfly” pada tahun 2005. Pada tahun seterusnya beliau menghasilkan filem lakonan Jude Law iaitu “Breaking and Entering”.

Breaking and Entering mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang tinggal bersama teman wanita dan anak perempuannya dan tertarik dengan ibu tunggal bersama anak lelakinya.




                                              

Sinopsis

Will (Jude Law) seorang arkitek yang menjalankan firma Green Effect bersama rakan kongsinya Sandy Hoffman (Martin Freeman). Mereka mendapat tawaran kerja untuk membentuk dan mengubah kawasan urban dan pejabat mereka yang terletak di King Cross, London. Will tinggal bersama teman wanitanya Liv (Robin Wrigh Penn), seorang Swedish-American dan anak perempuan austistic Bea yang berumur 13 tahun. Pejabat Will terletak berhampiran dengan kawasan perumahan warga Bosniah yang tinggal di London. Oleh itu pejabat Will menarik perhatian pencuri tempatan. Mirsad atau Miro (Rafi Gavron) diarahkan oleh pakciknya supaya memecah masuk ke dalam studio Will bersama anak lelakinya dan mencuri barang-barang berharga. Pada hari pertama Will mengadakan parti untuk rakan sekerja dan kawan-kawanya di studio. Miro Smich memerhatikan pekerja di studio yang menutup studio selepas parti berakhir. Dia curi-curi menulis nombor keselamatan yang digunakan oleh pekerja. Selepas semua orang pulang dia memecahkan cermin dan masuk kedalam studio. Dia mematikan alarm keselamatan di studio dengan menggunakan nombor keselamatannya.

Will mendapat panggilan daripada polis bahawa studionya dipecah masuk oleh pencurinya dan barang-barang berharganya dicuri. Pada mulanya mereka mengesyaki pekerja-pekerja yang membersihkan studio dan diberikan nombor keselamatan yang baru. Tetapi studio itu dipecah masuk sekali lagi oleh Miro yang dipanggil sebagai ‘Little Monkey’ oleh pakciknya. Will dan Sandy memerhatikan studio mereka dari kereta. Beberapa hari kemudian, Miro sekali lagi cuba masuk kedalam studio dan Will telah nampak tindakan Miro. Will mengejar Miro untuk tahu tempat tinggalnya. Tetapi dia tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis, malah pergi ke rumah Miro dengan membawa sepasang jeket untuk dijahit. Disitu dia berjumpa dengan emak Miro, Amira (Juliette Binoche), seorang penjahit disamping memerhatikan keadaan sekeliling rumah tersebut. Selepas itu di kerap pergi ke rumah Miro dan berjumpa dengan emaknya. Will tertarik dengan Amira dan meluangkan masa denganya. Amira juga mula menyukai Will dan berasa gembira dengan kehadirannya.

Miro mendapat tahu tentang kehadiran Will ke rumahnya dan memarahi Amira. Dia memberitahu emaknya bahawa dia pernah memecah masuk kedalam studio Will dan mencuri barangnya. Oleh itu Will mengekori dirinya dan akan melaporkan kepada polis. Amira juga percaya bahawa Will sengaja mengambil kesempatan terhadapnya untuk menangkap Miro. Dia memberitahu Miro supaya tidak perlu risau dan dia akan memulangkan Laptopnya kepada Will.

Apabila Amira berjumpa dengan Will dia membawa Will ke rumah kawannya dan berasmara dengannya. Dia mengambil gambar bogel bersama Will semasa tidur bersamanya. Amira menggunakan gambar tersebut untuk mengugut Will supaya tidak membuat laporan polis terhadap Miro.

Tetapi polis berjaya menjejaki dan menangkap Miro dan anak saudaranya. Amira berjumpa dengan Will dan meminta bantuannya supaya membebaskan Miro. Tetapi Will tidak bersetuju. Amira memulangkan gambar-gambar tersebut dan merayu supaya membantunya. Will takut bahawa orang lain akan mendapat tahu hubungannya bersama Amira. Dia balik ke rumah dan memberitahu segala yang berlaku kepada Liv. Liv memahami keadaan tersebut dan membawa Will ke balai polis. Mereka memberitahu polis bahawa mereka kenal keluarga Smich dan laporan yang dibuat adalah satu kesilapan. Maka, polis membebaskan Miro.

Walaupun Liv memahami keadaan Will dia berasa marah dengan tindakan Will yang mencari cinta di luar. Dia suruh Will menghentikan keretanya dan turun daripadanya. Will memujuk Liv bahawa dia masih mencintaiya dan sanggup buat apa sahaja deminya. Liv menerima lamaran untuk berkahwin. Akhirnya, Miro berjumpa dengan Will dan Sandy dan mengucapkan terima kasih.

Plot

Filem ini mempersembahkan ceritanya dengan menggunakan kaedah “ Hollywood Narrative”. Ia mempunyai permulaan , klimaks dan peleraian. Narrative filem ini bagaikan cermin. ia bergantung kepada perspektif penonton. Apakah yang ingin dilihat oleh para penonton? Jika tumpuannya terhadap Will, maka penonton akan berasa kekecewaan yang dihadapi oleh Will dalam perhubungan bersama Liv. Hubungan Liv dengan anakya seperti sebuah bulatan. Will tidak dapat masuk ke dalan bulatan tersebut. Ia mewujudkan jurang di antara Will dan Liv. Dia mencari Amira untuk mengisi ruang tersebut. Pada masa yang sama dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan dengan Liv yang dijalinkan selama 10 tahun. Dia masih mengekalkan hubungan tersebut bagi keselamatan dirinya yang tidak mahu hidup seorang.

Jika penonton ingin memahami perasaan Liv yang membesarkan anaknya yang autistic maka pemahaman terhadap cerita ini adalah berbeza. Penonton akan memahami perasaa Liv bahawa anaknya Bea perlu mendapat kasih sayang yang secukupnya. Dia boleh mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada Will dan anaknya. Tetapi apabila wujud soal keutamaan tentulah Liv berpihak kepada anaknya. Dia tidak mahu anakya dirampas oleh sesiapapun walaupun Will sanggup menjaga anakya selama 10 tahun. Dia memahami niat baik Will dan mula berubah. Dia ingin melonggarkan ketegangan bulatan tersebut.

Jika kita melihat dari sudut pandangan Amira cerita ini mengisahkan keberanian seorang ibu yang sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan anakya. Miro adalah segalanya bagi dia. Selepas kematian suaminya Amira menerima Will dengan sepenuh hatinya walaupun dia tahu bahawa Will ada teman wanita. Apabila dia mendapat tahu tindakan anaknya yang mencuri di studio dia tidak memihak anakya Miro. Tetapi pada masa yang sama dia cuba menyelamatkan anaknya dari ditangkap oleh polis. Dia mengugut Will dengan gambar-gambar yang diambil bersamanya. Apabila Miro ditangkap oleh polis dia memulangkan gambar-gambar tersebut dan merayu kepada Will untuk membebaskan anaknya. Ini menunjukkan sifat sebenar seorang ibu yang tidak boleh dipersalahkan.

Persoalannya, adakah Pengarah berjaya menyampaikan plot tersebut dengan kaedah yang digunakanya?

Ya .

DIa menyampaikan plotnya dengan menggunakan diegetic sound, non-diegetic sound dan cinematography yang efektif.



Diegetic Sound

Diegetic sound terbahagi kepada dua, iaitu, on–screen dan off–screen. Dialog dalam filem ialah on-screen sound. Dialog menggerakkan naratif filem dengan lancar. Bukan semua dialog memberi maklumat atau membantu pelancaran cerita. Tidak semestinya dialog yang panjang memberi maklumat yang banyak berbanding dengan dialog yang kecil.

Pada asasnya, dialog berjaya melancarkan naratif filem ini. Hampir semua dialog mempunyai makna yang tersirat dan mencerminkan keadaan sebenar kepada para penonton. Kebanyakan dialog bantu menggerakkan cerita dari ketegori ‘Diegetic Sound’. Kesemua elemen dalam filem ini digerakkan dengan bantuan dialog.

Pada permulaan filem ini, dialog antara Will dengan Sandy menunjukkan bahawa perhubungan antara Will dengan Liv adalah setakat perhubungan teman wanita sahaja. Ia dapat dilihat apabila,



Sandy: It’s alright for you, mate, you’ve got a gorgeous Swedish wife.

Will : Girlfriend

Sandy: u can’t say girlfriend after 10 years.



Jurang antara Will dengan Liv

                                    

Apabila Will dan Liv menghadiri terapinya Will memberitahu bahawa dia mengambil berat terhadap keadaan Bea tetapi Liv menyatakan bahawa dia terlalu sibuk dengan hal kerja. Ini menjelaskan jurang yang wujud antara Will dan Liv. Selain itu, kebenaran bahawa Liv belum terima sepenuhnya Will dalam hubunganya jelas kelihatan apabila dia menyuruh Bea untuk mengembalikan baterinya kepada Will.



Liv: Bea, go and get Will’s battery

Will: Will’s battery?..dad, wives, Will’s battery.. thanks for that… I don’t

see the real father around much



Selain itu, dialog juga menunjukkan bahawa Will semakin putus asa dengan tindakan Bea.

“we are human..don’t punish us..”

“we get fed up”



Kasih seorang ibu

Apabila watak Amira diperkenalkan dia bertekak dengan anaknya Miro yang tidak pergi ke sekolah selama seminggu. Dia menyatakan bahawa Miro adalah seorang budak yang pandai dan tidak menggunakan otaknya dengan baik. Dia menyalahkan orang lain atas kelakuan buruk Miro. Dia berkata bahawa,

“ If somebody, if one of his family, if any of our people leading you, I’m telling you, if any one of them, I’ll kill them. And I wouldn’t care…”

                                      



Amira berjumpa dengan Will untuk menyerahkan laptop. Tetapi dia mambawa Will ke rumah kawannya dan menyerahkan dirinya kepada Will. Dia menyatakan bahawa,

“I’m, giving myself to you...

I want it to be worth something...”



Apabila dia memberitahu hal sebenar kepada Will dia manyatakan bahawa,

“You must know that mother’s would do anything to protect their children”





Politik

Selain itu, filem ini juga memaparkan unsur politik . King Cross ialah tempat yang sedang dimajukan di pusat London. Latar belakang filem ini menceritakan King Cross penuh dengan kegiatan haram para penjenayah. Kebanyakan orang yang digambarkan dalam filem ini ialah pelarian dari Bosnia. Miro dan keluarganya juga dari Bosnia. Kegiatan haram seperti pencurian, pengedaran dadah dan pelacuran dikendalikan oleh orang dari Bosnia. Tetapi kagiatan ini tidak akan berlaku jika semua barang diagihkan sama rata. Hal ini dapat dilihat semasa Miro menghadiri sesi bersama pegawai kebajikan. Pegawai itu berkata bahawa semua barang adalah milik orang. Tetapi Miro bercanggah pendapat dengannya,



Pegawai : His prada jacket belonged to, MR. Prada

Miro :Wat about before that,

Pegawai :Before wat,

Miro :Before it was Mr prada’s?

Did it belong to the women who made it?



Ini menunjukkan bahawa penduduk Bosnian berpegang kepada Marxism. Jika semuanya dibahagi sama rata tidak wujud kegiatan pencurian dari orang yang berada.

Selain itu, jurang sosial juga dipaparkan dalam filem ini. Makna tersirat dapat dipaparkan menerusi dialognya.



Mr Bruno : one law for us, one law for them

Sandy : except we haven’t broken the law

Mr Bruno : Everyone broken the law… they go straight to the jail… “do

not pass go”



Diegetic sound – off screen

Diegetic sound off screen dalam filem ini menjelaskan beberapa perkara seperti bisikan hati watak-watak utama. Apabila Will berjumpa dengan pakar terapinya mereka bertekak tentang masa yang Will luangkan dengan keluarganya. Tetapi Will tidak mahu bertekak lagi dan putus asa dengan kelakuan Liv. Dia berkata bahawa,

Will: It’s not a competition to see who loves her most. If it were a

Competition, I would happily let Liv win. Liv you win…



Dialog ini ialah voice over dalam scene seterusnya selepas scene bersama pakar terapi. Voice over ini mewujudkan kesinambungan antara scene pertama dengan scene seterusnya.

Selain itu, voice over juga melancarkan plot cerita ini apabila Liv menyedari kesilapannya dan ingin berbaik semula dengan Will. Dia akan berkata bahawa,

“But then I just push him away. I just push him away from me...I don’t know why…”

“ I don’t want to be cold ... i don’t want to be sad.. i don’t want to be angry with him anymore...”



Disamping itu, suara serigala juga selalu kedengaran dalam beberapa scene. Suara itu tidak membantu untuk menggerakkan cerita. Tetapi ia menyampaikan mesej kepada para penonton bahawa manusia belum “bertamadun”. Di King Cross mahupun di seluruh dunia manusia memusnahkan alam semula jadi dengan menyatakan bahawa ia memberi kehidupan yang selesa kepada masyarakat. Tetapi ia dianggap sebagai tindakan yang menjejaskan ekosistem alam semula jadi.



Non –diegetic Sound

Non-diegetic sound dalam filem ini juga berjaya menggerakkan plot. Pada awalnya Miro memecahkan cermin studionya untuk masuk ke dalam studio. Bunyi pecahan cermin melambangkan maksud tersirat dalam scene ini. Kehadiran Miro kedalam studio melambangkan kehadiran dia dalam hidup Will dan kesan yang akan dibawa olehnya.

Selain itu, bunyi di tempat kerja Will seperti bunyi mesin, mengambarkan suasana sebenar di tempat kerja. Bunyi apabila Will memberi parti kepada kawan-kawan dan rakan sekerjanya juga menceriakan scene tersebut.



Cinematography
                                      

Dari segi cinematography pengarah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan plot filem ini dengan efektif. Beberapa ‘Close-up’ menunjukkan bahawa scene atau dialog itu amat penting dalam cerita ini. Kedaan ini dapat dilihat apabila Amira memberitahu kepada Miro bahawa dia akan membunuh sesiapa yang menyuruh dia melakukan kegiatan jenayah. Pada masa itu, pengarah menunjukkan bahawa Amira sanggup buat apa sahaja untuk menjaga anakya.

Selain itu, selepas Will dan Liv menolong Miro dengan membebaskan dia daripada tuduhan, mereka tunggu dalam kereta untuk pulang ke rumah. Will memerhatikan Amira dan Miro berlalu didepan keretanya. Mata Will ditunjukkan dalam cermin kereta bahawa dia memerhatikan mereka. Scene ini menunjukkan bahawa Amira telah lalu pergi dalam kehidupannya dan kehidupan Will adalah bersama Liv.

Disamping itu, pengarah menujukkan jurang perhubungan Will dan Liv menerusi cermin dalam suatu scene. Will dan Liv berdiri di hujung cermin dan meluahkan isi hati yang terguris. Scene itu diambil dengan menunjukkan bayangan Will dan Liv di cermin. ini menunjukkan mereka hidup dalam bayangan masa lepasnya.



Kesimpulan

Dalam kehidupan seseorang, banyak masalah dapat meleraikan dan memulakan sesuatu hubungan yang dapat atau tidak dapat dijangkau. Itulah yang dipaparkan oleh Anthony dengan sepenuh jiwa dalam karya terakhirnya “Breaking and Entering”.





RANGGA CIPTA PERDANA (AEA 090712)

SIAPAKAH SEBENARNYA TULPAN?


CERITA ini dibuat oleh Sergey Dvortsevoy, seorang pembuat filem dari Kazakstan. Beliau lahir pada tahun 1962 di Chimkent, Kazakhstan. Sebelum belajar tentang filem, Sergey Dvortsevoy bekerja sebagai seorang insinyur penerbangan. Beliau berkelana ke seluruh negeri sampai melihat ada pengumuman untuk pendidikan tinggi yang mengarah kepada penulisan naskah di Moskow.
Beliau telah mengarahkan beberapa filem dokumenter dan memenangkan berbagai festival seperti Festival dei Popoli (Florence, Italia), Sunny Side of the Doc (Marseille, Perancis), Cinema du Reel (Paris, Perancis), dan juga memenangkan penghargaan filem dokumentari bergengsi di Leipzig, Jerman, and Nyon, Prancis. Beliau mendeskripsikan karya-karya dengan sebutan ‘life cinema’ dengan tujuan untuk selalu menunjukkan kesederhanaan dan kehangatan dunia.


Filem ini menceritakan tentang Asa, dia adalah seorang pelaut yang belajar di Rusia kemudian pulang ke kampungnya di Kazakhstan. Di Kazakhstan, dia tinggal bersama keluarga saudaranya, Samal dan suaminya, Ondas serta anak-anak mereka iaitu Beke (yang sangat suka mendengarkan berita-berita politik di radio miliknya), Maha (yang sangat suka menyanyi namun Ondas tidak menyukai nyanyiannya) dan Nuka yang masih kecil. Ondas dan keluarganya bekerja sebagai penggembala biri-biri di sebuah padang pasir di Kazakhstan. Mereka tinggal di sebuah rumah ditengah-tengah padang pasir, rumah itu sangat mirip dengan rumah-rumah masyarakat yang hidup berpindah-pindah atau nomaden.
Asa selalu mengikuti Ondas dalam menggembalakan biri-birinya. Kadang-kadang temannya Boni juga ikut membantu. Asa selalu bangga menceritakan pengalamannya ketika melaut kepada Ondas, Boni dan 2 orang tua yang ternyata adalah ibu bapa dari Tulpan. Namun Ondas tidak menyukai cerita pengalaman Asa dan selalu menyuruhnya berhenti untuk bercerita.

Asa ingin memulai hidupnya sebagai pengembala dengan menikah seperti saudara perempuannya. Dia menyukai gadis yang tinggal beberapa mil dari rumah Ondas tempat Asa menumpang hidup. Gadis itu bernama Tulpan, yang juga seorang anak pengembala biri-biri. Sebetulnya Asa sudah sering bertemu ibu bapa Tulpan. Asa selalu menceritakan pengalaman melaut yang hebat kepada ibu bapa Tulpan. Asa mencuba mendekati Tulpan dan mengatakan bahawa dia mencintai Tulpan. Tetapi sebenarnya Asa tidak pernah melihat wajah Tulpan kerana Tulpan tidak menampakkan mukanya kepada Asa. Asa hanya melihat Tulpan dari belakang. Bahkan Tulpan tidak memberikan jawaban dari pertanyaan-pertanyaan Asa. Namun Asa tidak mahu berputus asa. Dia terus menyatakan cintanya dan menceritakan mimpi-mimpi indahnya yang ingin menjadi pelaut, memiliki peternakan biri-biri sendiri dan sebagainya. Namun Tulpan hanya diam sahaja dan tidak peduli dengan Asa. Sampai akhirnya ibu Tulpan datang dan mengusir Asa.




Asa mengikuti Ondas dalam mengembala biri-biri. Suatu hari Asa dan Ondas menemui seekor biri-biri betina yang akan melahirkan anak. Melihat itu Ondas membantu biri-biri itu untuk melahirkan anaknya. Dan akhirnya Ondas berjaya mengeluarkan anak biri-biri dari perut ibunya. Dengan sigap Ondas memberikan nafas buatan kepada bayi biri-biri itu. Melihat bayi biri-biri yang masih lengket-lengket kesan dari perut ibunya itu dan kemudian Ondas memberikan nafas buatan, timbul perasaan jijik dari Asa. Namun dia harus mencuba kerana ingin menjadi pengembala seperti Ondas. Walau dengan meludah kerana tidak tahan dengan keadaan itu, Asa tetap mencuba memberikan nafas buatan kepada bayi biri-biri itu.
Ondas selalu memarahi Asa. Entah kenapa dia tidak suka terhadap apa yang Asa lakukan. Hingga suatu hari Asa merasa bosan dipersalahkan dan mulai melawan kata-kata Ondas. Saudara perempuan Asa berusaha menenangkan Asa dan Ondas. Tetapi sia-sia sahaja. Asa mengumpat dan mengatakan bahawa keluarga Ondas miskin. Ondas membalas dengan mengatakan Asa tidak pantas menjadi penggembala yang hidup sederhana kerana dia adalah pelaut yang menghabiskan waktunya di negara besar seperti Rusia.
Asa pergi meninggalkan Ondas dan saudara perempuannya. Tidak tahu akan kemana. Di tengah jalan dia melihat seekor biri-biri betina yang akan melahirkan. Melihat itu timbul rasa iba di hati Asa. Namun dia tidak tahu harus berbuat apa. Dia memanggil Ondas. Tetapi dengan jarak yang sudah jauh dari rumah, tentu sahaja Ondas tidak mendengar panggilan Asa. Akhirnya Asa mencuba apa yang pernah dilakukan Ondas ketika menolong seekor biri-biri yang akan melahirkan bayi. Asa menarik tangan dan kepala bayi biri-biri yang mulai keluar dari perut induknya. Asa berjaya mengeluarkan biri-biri itu dan memberikan nafas buatan seperti yang pernah dilakukan Ondas.
Asa yang ditemani Boni kembali datang ke rumah Tulpan. Asa kembali menyatakan cintanya dan meminta Tulpan untuk menikahinya. Namun seperti biasa, tidak ada jawaban dari Tulpan. Bahkan pintu pun tidak dibukakan Tulpan. Asa yang mulai hilang kesabaran akan memaksa masuk ke rumah Tulpan, tiba-tiba ibu Tulpan datang dan berniat mengusir Asa. Namun kali ini Asa tidak mahu menyerah dan dia memaksa masuk ke dalam rumah Tulpan. Namun tidak ada Tulpan disana, yang ada hanyalah seekor kambing. Ibu Tulpan pun mengatakan bahawa Tulpan sudah pergi dan dia tidak menyukai Asa. Asa pun sangat kecewa.


Asa kembali ke rumah saudara perempuannya untuk berpamitan. Keluarga Samal dan Ondas juga akan pindah dari sana kerana hidup mereka yang nomaden. Samal mencuba membujuk Asa, namun Asa sudah memiliki tekad bulat untuk pergi. Asa pun pergi ditemani oleh Boni.
Namun di dalam perjalanan, Asa melihat ke belakang. Asa melihat anak-anak Samal, apalagi Asa berjanji akan membawa Nuka (anak paling kecil) ke suatu tempat. Asa menyuruh Boni untuk menghentikan kereta dan kemudian dia kembali ke keluarga Samal dan Ondas. Dan cerita pun berakhir.
Filem ini hanya mengambil latar di padang gurun Kazakstan. Di dalam rumah dan di luar rumah. Menggunakan diegetic sound on screen ketika kamera mengarah kepada benda-benda yang menimbulkan bunyi seperti suara kereta, suara biri-biri dan suara radio yang dipegang oleh Beke. Dan tidak sedikit juga ketika menggunakan off screen iaitu suara yang terdengar namun kita tidak dapat melihat visualnya seperti suara derap langkah unta dan biri-biri yang sedang berlari namun tidak dishoot didalam frame, suara Nuka yang berlari dengan tertawa girang ketika di dalam frame hanya ada Ondas dan Asa. Juga menggunakan non diegetic sound berupa musik latar yang sesuai dengan kehidupan padang gurun. Juga ada suara paralel sound, iaitu suara bising didalam frame dalam suatu aktiviti seperti suara derap langkah biri-biri tadi.
Sesuai dengan apa yang dideskripsikan oleh Sergey Dvorsevoy, yang mengatakan bahawa karya-karyanya adalah ‘life cinema’, filem ini juga menceritakan tentang kesederhanaan suatu kehidupan di suatu tempat, khususnya di Kazakhstan. Dengan didukung oleh lakonan-lakonan selayaknya yang terjadi dikehidupan nyata. Karakter-karakter yang dibangun dalam filem ini juga cukup menarik dan terlihat seperti apa yang benar-benar terjadi di dunia nyata.
Asa yang ingin merajut mimpi-mimpinya setelah pulang dari kelautan di Rusia, dia selalu bangga menceritakan pengalamannya selama melaut kepada ibu bapa Tulpan dan ingin menikahi Tulpan namun Tulpan tidak menyukai Asa.
Samal saudara perempuan Asa yang sangat sabar memberikan rasa sayang kepada suami dan anak-anaknya.
Ondas suami Samal yang selalu nampak garang, tidak suka ketika Asa menceritakan pengalaman hebatnya saat menjadi pelaut.
Anak-anak Ondas dan Samal yang memiliki perbezaan karakter seperti Beke yang menyukai ilmu pengetahuan dan berita-berita politik yang dia dengar dari radio miliknya, Maha yang sangat suka menyanyi, dimana-mana dia selalu menyanyi namun Ondas tidak menyukai nyanyiannya dan menyuruhnya diam, dan Nuka anak yang paling kecil dan lucu.
Boni teman Asa yang sangat menyukai lagu-lagu barat, bahkan didalam keretanya terdapat gambar-gambar porno yang identik dengan seks bebas ala barat.
Situasi sederhana diatas mungkin saja terjadi dalam kehidupan sehari-hari.
Namun melihat situasi latar belakang filem ini, mungkin ada juga yang berpendapat bahawa inilah salah satu sisi kehidupan yang ada di negara Kazakstan, dimana sebuah keluarga yang hidup dengan mengembala biri-biri tinggal di sebuah rumah yang persis seperti rumah masyarakat nomaden.
Saya rasa Tulpan adalah filem yang berjenis Soviet Cinema yang tidak menampilkan sebab akibat atau jalan cerita yang sesuai dengan plot dengan tokoh protagonis dari cerita ini ialah Asa, seorang pelaut yang baru pulang dari Rusia. Sehari-harinya Asa membantu keluarga Ondas mengembala biri-biri. Cerita ini hanya menggambarkan kehidupan sederhana seseorang yang ingin merajut mimpinya. Mimpi menjadi pengembala yang mandiri ataupun menjadi pelaut dan memiliki istri.
Yang menjadi pertanyaan saya adalah siapa sebenarnya Tulpan??
Di dalam filem ini diceritakan bahawa Tulpan adalah seorang gadis anak pengembala yang disukai oleh Asa. Namun saya tidak pernah tahu sebenarnya siapa gadis ini?kenapa nama filem ini ialah Tulpan?tapi tidak menceritakan tentang seorang Tulpan seutuhnya, justeru menceritakan tentang seorang Asa yang ingin merajut mimpi-mipinya dengan menikahi Tulpan. Dan pada akhirnya Tulpan menghilang begitu sahaja.
Filem ini diterima oleh masyarakat kerana menampilkan kesederhanaan dan telah memenangi gelar festival filem cannes tahun 2008, pemenang filem terbaik di Asia Pasific Screen Award 2008, masuk dalam nominasi Achievement in Directing di Asia Pasific Screen Award 2008 dan memenangi kazakhstan academy award 2009 untuk kategori filem yang berbahasa asing.