Sunday, August 22, 2010

BREAKING AND ENTERING

BREAKING AND ENTERING

SARALA MOGAN
AEA080352


Semua perhubungan dibina berasaskan sesuatu peraturan. Kenapa manusia yang mewujudkan peraturan tersebut tidak boleh melanggarnya? Bukankah perlanggaran peraturan membuka ruang yang baru kepada seseorang untuk membawa perhubungan tersebut kepada peringkat yang baru.

“Breaking the rules and entering to a new level is a beginning of the meaningful relationship.” Kemungkinan besar ia akan memberi hasil yang tidak diharapkan oleh kita. Tetapi hasilnya pasti sesuatu yang berbaloi kerana permulaan pencarian adalah permulaan peringkat yang baru dalam sesuatu perhubungan.

Pada mulanya ia akan mewujudkan perselisihan faham dan kekecewaan terhadap satu sama lain. Hati kita akan berbisik begini,



“When do u stop looking at each other

Shouldn’t there be a warning?

Shouldn’t somebody say to us “Hey,

watch out, pay attention”

Because you can be thinking, “I’m okay, we’re okay, we’re good.”

Then you turn around and…

a distance between you…”

Bisikan tersebut melambangkan harapan yang berputik daripada kekecewaan. Bisikan tersebut juga permulaan perhubungan dan permulaan “Breaking and Entering” karya Anthony Minghella.

      
Anthony Minghella ialah seorang pengarah, penulis, pelakon dan guru dalam teater. Beliau menghasilkan beberapa filem pada pengakhiran abad ke-20. “Truly Madly Deeply” (1990), ialah filem yang berjaya memperkenalkan Anthony sebagai seorang pengkarya filem yang berkelebihan luar biasa. Karya beliau mengandungi emosi dan texture yang mendalam. Filem “ The English Patient” (1996), ialah filem yang meraihkan 3 anugerah Academy dan menaikkan lagi status beliau sebagai penulis dan pengarah yang berkebolehan menyampaikan pertunjukkan yang hebat. Beliau juga menghasilkan filem –filem yang diadaptasikan daripada beberapa novel seperti “ The Talented Mr. Ripley” (1999) dan “Cold Mountain” (2003). Kedua-dua filem tersebut dicalonkan bagi beberapa anugerah. Pertunjukan pentas Anthony ialah “Madam Butterfly” pada tahun 2005. Pada tahun seterusnya beliau menghasilkan filem lakonan Jude Law iaitu “Breaking and Entering”.

Breaking and Entering mengisahkan kehidupan seorang lelaki yang tinggal bersama teman wanita dan anak perempuannya dan tertarik dengan ibu tunggal bersama anak lelakinya.




                                              

Sinopsis

Will (Jude Law) seorang arkitek yang menjalankan firma Green Effect bersama rakan kongsinya Sandy Hoffman (Martin Freeman). Mereka mendapat tawaran kerja untuk membentuk dan mengubah kawasan urban dan pejabat mereka yang terletak di King Cross, London. Will tinggal bersama teman wanitanya Liv (Robin Wrigh Penn), seorang Swedish-American dan anak perempuan austistic Bea yang berumur 13 tahun. Pejabat Will terletak berhampiran dengan kawasan perumahan warga Bosniah yang tinggal di London. Oleh itu pejabat Will menarik perhatian pencuri tempatan. Mirsad atau Miro (Rafi Gavron) diarahkan oleh pakciknya supaya memecah masuk ke dalam studio Will bersama anak lelakinya dan mencuri barang-barang berharga. Pada hari pertama Will mengadakan parti untuk rakan sekerja dan kawan-kawanya di studio. Miro Smich memerhatikan pekerja di studio yang menutup studio selepas parti berakhir. Dia curi-curi menulis nombor keselamatan yang digunakan oleh pekerja. Selepas semua orang pulang dia memecahkan cermin dan masuk kedalam studio. Dia mematikan alarm keselamatan di studio dengan menggunakan nombor keselamatannya.

Will mendapat panggilan daripada polis bahawa studionya dipecah masuk oleh pencurinya dan barang-barang berharganya dicuri. Pada mulanya mereka mengesyaki pekerja-pekerja yang membersihkan studio dan diberikan nombor keselamatan yang baru. Tetapi studio itu dipecah masuk sekali lagi oleh Miro yang dipanggil sebagai ‘Little Monkey’ oleh pakciknya. Will dan Sandy memerhatikan studio mereka dari kereta. Beberapa hari kemudian, Miro sekali lagi cuba masuk kedalam studio dan Will telah nampak tindakan Miro. Will mengejar Miro untuk tahu tempat tinggalnya. Tetapi dia tidak melaporkan kejadian tersebut kepada polis, malah pergi ke rumah Miro dengan membawa sepasang jeket untuk dijahit. Disitu dia berjumpa dengan emak Miro, Amira (Juliette Binoche), seorang penjahit disamping memerhatikan keadaan sekeliling rumah tersebut. Selepas itu di kerap pergi ke rumah Miro dan berjumpa dengan emaknya. Will tertarik dengan Amira dan meluangkan masa denganya. Amira juga mula menyukai Will dan berasa gembira dengan kehadirannya.

Miro mendapat tahu tentang kehadiran Will ke rumahnya dan memarahi Amira. Dia memberitahu emaknya bahawa dia pernah memecah masuk kedalam studio Will dan mencuri barangnya. Oleh itu Will mengekori dirinya dan akan melaporkan kepada polis. Amira juga percaya bahawa Will sengaja mengambil kesempatan terhadapnya untuk menangkap Miro. Dia memberitahu Miro supaya tidak perlu risau dan dia akan memulangkan Laptopnya kepada Will.

Apabila Amira berjumpa dengan Will dia membawa Will ke rumah kawannya dan berasmara dengannya. Dia mengambil gambar bogel bersama Will semasa tidur bersamanya. Amira menggunakan gambar tersebut untuk mengugut Will supaya tidak membuat laporan polis terhadap Miro.

Tetapi polis berjaya menjejaki dan menangkap Miro dan anak saudaranya. Amira berjumpa dengan Will dan meminta bantuannya supaya membebaskan Miro. Tetapi Will tidak bersetuju. Amira memulangkan gambar-gambar tersebut dan merayu supaya membantunya. Will takut bahawa orang lain akan mendapat tahu hubungannya bersama Amira. Dia balik ke rumah dan memberitahu segala yang berlaku kepada Liv. Liv memahami keadaan tersebut dan membawa Will ke balai polis. Mereka memberitahu polis bahawa mereka kenal keluarga Smich dan laporan yang dibuat adalah satu kesilapan. Maka, polis membebaskan Miro.

Walaupun Liv memahami keadaan Will dia berasa marah dengan tindakan Will yang mencari cinta di luar. Dia suruh Will menghentikan keretanya dan turun daripadanya. Will memujuk Liv bahawa dia masih mencintaiya dan sanggup buat apa sahaja deminya. Liv menerima lamaran untuk berkahwin. Akhirnya, Miro berjumpa dengan Will dan Sandy dan mengucapkan terima kasih.

Plot

Filem ini mempersembahkan ceritanya dengan menggunakan kaedah “ Hollywood Narrative”. Ia mempunyai permulaan , klimaks dan peleraian. Narrative filem ini bagaikan cermin. ia bergantung kepada perspektif penonton. Apakah yang ingin dilihat oleh para penonton? Jika tumpuannya terhadap Will, maka penonton akan berasa kekecewaan yang dihadapi oleh Will dalam perhubungan bersama Liv. Hubungan Liv dengan anakya seperti sebuah bulatan. Will tidak dapat masuk ke dalan bulatan tersebut. Ia mewujudkan jurang di antara Will dan Liv. Dia mencari Amira untuk mengisi ruang tersebut. Pada masa yang sama dia tidak berniat untuk memutuskan hubungan dengan Liv yang dijalinkan selama 10 tahun. Dia masih mengekalkan hubungan tersebut bagi keselamatan dirinya yang tidak mahu hidup seorang.

Jika penonton ingin memahami perasaan Liv yang membesarkan anaknya yang autistic maka pemahaman terhadap cerita ini adalah berbeza. Penonton akan memahami perasaa Liv bahawa anaknya Bea perlu mendapat kasih sayang yang secukupnya. Dia boleh mencurahkan kasih sayang yang secukupnya kepada Will dan anaknya. Tetapi apabila wujud soal keutamaan tentulah Liv berpihak kepada anaknya. Dia tidak mahu anakya dirampas oleh sesiapapun walaupun Will sanggup menjaga anakya selama 10 tahun. Dia memahami niat baik Will dan mula berubah. Dia ingin melonggarkan ketegangan bulatan tersebut.

Jika kita melihat dari sudut pandangan Amira cerita ini mengisahkan keberanian seorang ibu yang sanggup buat apa sahaja untuk mempertahankan anakya. Miro adalah segalanya bagi dia. Selepas kematian suaminya Amira menerima Will dengan sepenuh hatinya walaupun dia tahu bahawa Will ada teman wanita. Apabila dia mendapat tahu tindakan anaknya yang mencuri di studio dia tidak memihak anakya Miro. Tetapi pada masa yang sama dia cuba menyelamatkan anaknya dari ditangkap oleh polis. Dia mengugut Will dengan gambar-gambar yang diambil bersamanya. Apabila Miro ditangkap oleh polis dia memulangkan gambar-gambar tersebut dan merayu kepada Will untuk membebaskan anaknya. Ini menunjukkan sifat sebenar seorang ibu yang tidak boleh dipersalahkan.

Persoalannya, adakah Pengarah berjaya menyampaikan plot tersebut dengan kaedah yang digunakanya?

Ya .

DIa menyampaikan plotnya dengan menggunakan diegetic sound, non-diegetic sound dan cinematography yang efektif.



Diegetic Sound

Diegetic sound terbahagi kepada dua, iaitu, on–screen dan off–screen. Dialog dalam filem ialah on-screen sound. Dialog menggerakkan naratif filem dengan lancar. Bukan semua dialog memberi maklumat atau membantu pelancaran cerita. Tidak semestinya dialog yang panjang memberi maklumat yang banyak berbanding dengan dialog yang kecil.

Pada asasnya, dialog berjaya melancarkan naratif filem ini. Hampir semua dialog mempunyai makna yang tersirat dan mencerminkan keadaan sebenar kepada para penonton. Kebanyakan dialog bantu menggerakkan cerita dari ketegori ‘Diegetic Sound’. Kesemua elemen dalam filem ini digerakkan dengan bantuan dialog.

Pada permulaan filem ini, dialog antara Will dengan Sandy menunjukkan bahawa perhubungan antara Will dengan Liv adalah setakat perhubungan teman wanita sahaja. Ia dapat dilihat apabila,



Sandy: It’s alright for you, mate, you’ve got a gorgeous Swedish wife.

Will : Girlfriend

Sandy: u can’t say girlfriend after 10 years.



Jurang antara Will dengan Liv

                                    

Apabila Will dan Liv menghadiri terapinya Will memberitahu bahawa dia mengambil berat terhadap keadaan Bea tetapi Liv menyatakan bahawa dia terlalu sibuk dengan hal kerja. Ini menjelaskan jurang yang wujud antara Will dan Liv. Selain itu, kebenaran bahawa Liv belum terima sepenuhnya Will dalam hubunganya jelas kelihatan apabila dia menyuruh Bea untuk mengembalikan baterinya kepada Will.



Liv: Bea, go and get Will’s battery

Will: Will’s battery?..dad, wives, Will’s battery.. thanks for that… I don’t

see the real father around much



Selain itu, dialog juga menunjukkan bahawa Will semakin putus asa dengan tindakan Bea.

“we are human..don’t punish us..”

“we get fed up”



Kasih seorang ibu

Apabila watak Amira diperkenalkan dia bertekak dengan anaknya Miro yang tidak pergi ke sekolah selama seminggu. Dia menyatakan bahawa Miro adalah seorang budak yang pandai dan tidak menggunakan otaknya dengan baik. Dia menyalahkan orang lain atas kelakuan buruk Miro. Dia berkata bahawa,

“ If somebody, if one of his family, if any of our people leading you, I’m telling you, if any one of them, I’ll kill them. And I wouldn’t care…”

                                      



Amira berjumpa dengan Will untuk menyerahkan laptop. Tetapi dia mambawa Will ke rumah kawannya dan menyerahkan dirinya kepada Will. Dia menyatakan bahawa,

“I’m, giving myself to you...

I want it to be worth something...”



Apabila dia memberitahu hal sebenar kepada Will dia manyatakan bahawa,

“You must know that mother’s would do anything to protect their children”





Politik

Selain itu, filem ini juga memaparkan unsur politik . King Cross ialah tempat yang sedang dimajukan di pusat London. Latar belakang filem ini menceritakan King Cross penuh dengan kegiatan haram para penjenayah. Kebanyakan orang yang digambarkan dalam filem ini ialah pelarian dari Bosnia. Miro dan keluarganya juga dari Bosnia. Kegiatan haram seperti pencurian, pengedaran dadah dan pelacuran dikendalikan oleh orang dari Bosnia. Tetapi kagiatan ini tidak akan berlaku jika semua barang diagihkan sama rata. Hal ini dapat dilihat semasa Miro menghadiri sesi bersama pegawai kebajikan. Pegawai itu berkata bahawa semua barang adalah milik orang. Tetapi Miro bercanggah pendapat dengannya,



Pegawai : His prada jacket belonged to, MR. Prada

Miro :Wat about before that,

Pegawai :Before wat,

Miro :Before it was Mr prada’s?

Did it belong to the women who made it?



Ini menunjukkan bahawa penduduk Bosnian berpegang kepada Marxism. Jika semuanya dibahagi sama rata tidak wujud kegiatan pencurian dari orang yang berada.

Selain itu, jurang sosial juga dipaparkan dalam filem ini. Makna tersirat dapat dipaparkan menerusi dialognya.



Mr Bruno : one law for us, one law for them

Sandy : except we haven’t broken the law

Mr Bruno : Everyone broken the law… they go straight to the jail… “do

not pass go”



Diegetic sound – off screen

Diegetic sound off screen dalam filem ini menjelaskan beberapa perkara seperti bisikan hati watak-watak utama. Apabila Will berjumpa dengan pakar terapinya mereka bertekak tentang masa yang Will luangkan dengan keluarganya. Tetapi Will tidak mahu bertekak lagi dan putus asa dengan kelakuan Liv. Dia berkata bahawa,

Will: It’s not a competition to see who loves her most. If it were a

Competition, I would happily let Liv win. Liv you win…



Dialog ini ialah voice over dalam scene seterusnya selepas scene bersama pakar terapi. Voice over ini mewujudkan kesinambungan antara scene pertama dengan scene seterusnya.

Selain itu, voice over juga melancarkan plot cerita ini apabila Liv menyedari kesilapannya dan ingin berbaik semula dengan Will. Dia akan berkata bahawa,

“But then I just push him away. I just push him away from me...I don’t know why…”

“ I don’t want to be cold ... i don’t want to be sad.. i don’t want to be angry with him anymore...”



Disamping itu, suara serigala juga selalu kedengaran dalam beberapa scene. Suara itu tidak membantu untuk menggerakkan cerita. Tetapi ia menyampaikan mesej kepada para penonton bahawa manusia belum “bertamadun”. Di King Cross mahupun di seluruh dunia manusia memusnahkan alam semula jadi dengan menyatakan bahawa ia memberi kehidupan yang selesa kepada masyarakat. Tetapi ia dianggap sebagai tindakan yang menjejaskan ekosistem alam semula jadi.



Non –diegetic Sound

Non-diegetic sound dalam filem ini juga berjaya menggerakkan plot. Pada awalnya Miro memecahkan cermin studionya untuk masuk ke dalam studio. Bunyi pecahan cermin melambangkan maksud tersirat dalam scene ini. Kehadiran Miro kedalam studio melambangkan kehadiran dia dalam hidup Will dan kesan yang akan dibawa olehnya.

Selain itu, bunyi di tempat kerja Will seperti bunyi mesin, mengambarkan suasana sebenar di tempat kerja. Bunyi apabila Will memberi parti kepada kawan-kawan dan rakan sekerjanya juga menceriakan scene tersebut.



Cinematography
                                      

Dari segi cinematography pengarah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan plot filem ini dengan efektif. Beberapa ‘Close-up’ menunjukkan bahawa scene atau dialog itu amat penting dalam cerita ini. Kedaan ini dapat dilihat apabila Amira memberitahu kepada Miro bahawa dia akan membunuh sesiapa yang menyuruh dia melakukan kegiatan jenayah. Pada masa itu, pengarah menunjukkan bahawa Amira sanggup buat apa sahaja untuk menjaga anakya.

Selain itu, selepas Will dan Liv menolong Miro dengan membebaskan dia daripada tuduhan, mereka tunggu dalam kereta untuk pulang ke rumah. Will memerhatikan Amira dan Miro berlalu didepan keretanya. Mata Will ditunjukkan dalam cermin kereta bahawa dia memerhatikan mereka. Scene ini menunjukkan bahawa Amira telah lalu pergi dalam kehidupannya dan kehidupan Will adalah bersama Liv.

Disamping itu, pengarah menujukkan jurang perhubungan Will dan Liv menerusi cermin dalam suatu scene. Will dan Liv berdiri di hujung cermin dan meluahkan isi hati yang terguris. Scene itu diambil dengan menunjukkan bayangan Will dan Liv di cermin. ini menunjukkan mereka hidup dalam bayangan masa lepasnya.



Kesimpulan

Dalam kehidupan seseorang, banyak masalah dapat meleraikan dan memulakan sesuatu hubungan yang dapat atau tidak dapat dijangkau. Itulah yang dipaparkan oleh Anthony dengan sepenuh jiwa dalam karya terakhirnya “Breaking and Entering”.





No comments:

Post a Comment