Sunday, August 22, 2010

SHANTHINIGAUTHAMI A/P THANGARAJU


AEA080359

_____________________________________________________________________

BABEL(2006) – sebuah filem arahan Alejandro Inarritu yang mengisahkan tentang kesan kecuaian manusia serta konflik dalam perhubungan sesama manusia. Ceritanya digerakkan dengan empat buah keluarga(cerita) yang barbeza sama sekali daripada semua aspek. Walaubagaimanapun, keempat-empat cerita tersebut dihubungkan melalui sebuah senapang; hanya sebuah senapang. Ceritanya bermula dengan adengan pembelian senapang. Abdullah (Mustapha Rachidi) membeli sebuah senapang untuk tujuan memburu serigala yang membaham kambing-kambing ternakannya. Oleh kerana dia terpaksa mencari mata pencarian dengan keluar bekerja, maka senapang tersebut diserahkan kepada anak-anaknya, Hassan (Abdelkader Bara) dan Yussef (Boubker Ait El Caid) untuk tujuan menjaga kambing-kambing ternakan mereka. Di sinilah bermulanya titik permulaan filem ini. Disebabkan perasaan ingin tahu, Hassan dan Yussef menguji keupayaan senapang tersebut, mereka ingin tahu sejauh mana peluru tersebut mampu menuju. Cubaan pertama Hassan, mensasarkan sebuah kereta, sasaranya tidak mengena. Cubaan keduanya terhadap sebuah bas juga gagal. Seterusya, giliran Yussef. Dia juga mensasarkan bas pelancongan yang sama. Mulanya dia menyangka bahawa sasaranya juga tidak mengena, tetapi hakikatnya, sasaran Yussef tepat dan mencederakan seorang penumpang dalam bas tersebut. Pelancong tersebut merupakan pasangan suami isteri Richard Jones dan Susan Jones, lakonan Brad Pitt dan Cate Blanchett. Dalam cerita ini mereka menampil sebagai pasangan yang baru kehilangan seorang anak dan melancong ke Morrocow untuk tujuan menenangkan fikiran. Terutamanya, Susan Jones yang masih belum pulih dari delema kematian anaknya. DOP! Kedengaran bunyi melepaskan tembakan. Cermin bas pecah; bahu kiri Susan Jones pula mengalami pendarahan. Darah mengalir tanpa berhenti. Tembakan tersebut merupakan tembakan daripada senapang kepunyaan Abdullah tetapi penembaknya adalah Yussef, anak lelaki kedua Abdullah. Yussef dan Hassan menyambunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan bapa mereka. Namun, mereka mengakui perbuatan mereka apabila polis datang mencari bapa mereka. Abdullah setelah memarahi anak-anaknya mengambil keputusan untuk melarikan diri. Ekoran daripada itu dia mula merantau bersama dengan dua orang anak lelakinya. Di sebelah sini pula, Richard jones dibebani dengan pelbagai masalah. Isterinya tercedera; malah tidak ada kemudahan awam di kawasan tersebut manakala bantuan pendutaan pula mengambil masa yang lama dan sebagainya. Tambah pula masalahnya apabila bas yang membawa mereka melancong meninggalkan mereka berdua bersendirian di sana dan bertolak. Hal ini disebabkan oleh tekanan daripada pelancong-pelancong yang lain yang mempunyai masalah mereka yang tersendiri yang tidak dapat dielakkan. Kemarahan Richard terhadap kedutaan mencapai tahap yang tinggi. Kedutaan menjadikannya sebagai isu global dan proses penghantaran bantuan makan masa yang lama. Polis tempatan pula menyangkanya sebagai angkara pengganas. Richard juga sempat berhubung dengan Amelia dan menerangkan perkara yang berlaku. Amelia seakan mengetahui perkara itu, menyatakan simpatinya. Amelia, Amelia merupakan seorang yang berasal dari Mexico dan membawa watak sebagai penjaga anak-anak Richard. Dia menjaga mereka selama 16 tahun. Anak lelaki sulung Amelia bakal melangsungkan perkakwinannya di kampung mereka di Tijauna. Dia meminta kebenaran daripada Richard untuk menghadiri perkahwinan anaknya itu, tetapi tidak disetujui oleh Richard walaupun dia merayu; dia juga tidak diberikan cuti walaupun sehari. Sekiranya Amelia pergi ke perkahwinan anakya, wujud persoalan siapa yang akan menjaga anak–anak Richard? Amelia juga tidak mendapat cari pengganti untuk menjaga mereka. Perkahwinan anakya pun tidak boleh dielakya. Jadi, dia mengambil keputusan untuk membawa kanak- kanak tersebut ke majlis perkahwinan anak sulungnya di Tijauna. Anak saudara Amelia, iaitu Santiago lakonan Ga el Garua Bernal, membawa mereka bertiga ke destinasi perkahwinan. Perkahwinan berlangsung dengan penuh kemeriahan. Kegembiraan diutamakan dan arak dihidangkan untuk berkongsi kegembiraan. Santiagao, minum arak sehingga mabuk walaupun sedar bahawa dia perlu menghantar pulang mak cik Amelia dengan anak-anak Richard. Hari sudah lewat malam. Mereka bertolak. Santiago membawa kereta dalam keadaan yang kurang selamat. Kereta mereka ditahan di sebuah kawasan pemeriksaan polis patrol dalam perjalanan menuju ke San Diego. Keadaan Santiago yang mabuk menimbulkan kesangsian polis. Selain itu, ‘passport’ Amelia juga mempunyai masalah. Masalah bertambah rumit apabila, Amelia menyatakan bahawa kanak-kanak tersebut anak saudaranya manaka Debbie anak perempuan Richard menafikannya. Santiago dan Amelia tidak faham apa yang harus dibuat. Walupun mereka bukannya orang jahat tetapi keadaan membuat mereka seolah-olah jahat pada pandangan polis patrol tersebut. Santiago, yang pada mulanya mengikut sahaja segala arahan polis menjadi tidak menentu dan melepaskan diri (lari) dari tempat itu. Keretanya dibawa laju sehingga menakutkan Amelia dan kanak-kanak tersebut. Polis mengejar mereka dari belakang. Demi mengkaburkan pihak polis, Santiago meninggalkan Amelia dengan kanak-kanak tersebut di suatu tempat yang penuh dengan semak dan pasir. Amelia bingung. Tidak tahu hala tujunya. Sambil menenangkan kanak-kanak berdua itu, Amelia meneruskan perjalananya. Hari gelap gelita dan hampir subuh. Pagi keesokannya, dengan harapan Amelia menunggu bantuan. Santiago tidak muncul-muncul. Tempat itu merupakan sebuah padang padang pasir yang penuh dengan semak. Kelihatan sebuah kereta peronda di jauh; Amelia bergegas menuju ke kereta tersebut dengan penuh harapan. Kanak-kanak tersebut diberitahu berulang kali supaya tidak meninggakan tempat itu sehingga dia pulang. Dia Berjaya menghentikan kereta tersebut dalam keaadaan yang tidak berdaya. Tanpa usul periksa, polis patrol tersebut menahan Amelia kerana melarikan diri pada hari sebelumnya daripada pemeriksaan polis. Berdasarkan kenyataan Amelia, mereka menuju ke tempat kanak-kanak tersebut menunggu. Tempatnya sudah dikesan tetapi kanak-kanak tersebut tidak ada di sana; mereka hilang. Amelia risau, takut, dan, kecewa. Dia mengikuti polis patrol tersebut dengan rasa serba salah. Amelia dibawa ke balai dan disoal siasat. Di sana dia diberitahu bahawa ‘passport’nya digantung dan akan dihantar pulang ke Negara asal. Amelia sangat kesal dengan keputusan tersebut. Di samping itu, Alejendro menyelitkan pula keluarga Yasujiro (Koji yakisho). Yasujiro mempunyai seorang anak perempuan bernama Chieko. Watak ini dilakonkan oleh Rinko Kikuchi. Budak perempuan tersebut merupakan seorang yang pekak dan bisu. Hanya bahasa isyarat serta ‘lips reading’ yang menjadi asas komunikasinya. Dia kesedihan kerana baru kematian ibunya dan hubungan dia dengan bapanya tidak begitu erat. Dia berasa keseorangan dan dipinggirkan oleh masyarakat. Dia hampir memilih jalan yang salah dalam perjanan hidupnya. Tetapi dia tersedar pada saat-saat akhir. cerita ini dengan cerita sebelumnya seperti tidak ada kaitannya dan membuatkan penonton terfikir kenapa cerita ini diselitkan pada peringkat awal filem. Namun kaitannya wujud. Begitulah ‘story line’ filem BABEL. Kesimpulannya diterangkan dalam ciri-ciri plot di bawah.

Disebabkan oleh sebuah senapang keempat-empat keluarga (Richard, Abdullah, Amelia dan Yasujiro) dikaitkan dengan cara yang sangat menarik. Mulanya Abdullah membeli senapang. Disebabkan terkena tembakan dari senapang tersebut Richard dan Susan tidak dapat pulang ke rumah pada masa yang sepatutnya. Ini mengakibatkan Amelia terpaksa membawa anak-anak Richard ke majlis perkahwinan anak lelaki sulungnya. Di sana dia terpaksa merempuh pelbagai halangan. Bagaimana pula dengan Yasujiro? Di sinilah terletaknya kreatif pengarang. Yasijiro merupakan seorang pemburu pada suatu masa dahulu dan senapang yang menggerakkan cerita ini merupakan senapang kepunyaan Yasujiro yang dihadiahkan kepada Anwar (orang yang menjual senapang tersebut kepada Abdullah). Hal ini diketahui dalam cerita apabila Chieko yang terganggu fikiran menghubungi Inspektor yang pada mulanya mencari ayahnya, dan mempelawanya ke rumah. Pada masa itu gambar yang tergantung di dinding di rumah Chieko menjawab teka-teki berkait apakah hubungan Yasujiro dengan keseluruhan cerita ini. Gambar tersebut menerangkan bahawa Yasujiro berdiri bersebelahan dengan Anwar bersama dengan senapang tersebut. Watak Chieko berperanan membawa polis Jepun ke rumahnya supaya gambar di dinding rumahnya itu terdedah.

Kaedah perallel digunakan dalam menghasilkan filem ini kerana keempat-keempat cerita bergerak atau digerakkan pada masa yang sama. Ia berkembang bersama. Kaedah ini memberikan suatu kesan yang menarik terhadap filem ini. Walaupun. Kesemua cerita bergerak secara sama ia tidak menimbulkan sebarang kekeliruan, malah meningkatkan lagi rasa ingin tahu penonton. Mereka tertanya-tanya mengapa adengan ini ditunjukkan? Apakah kaitannya? Dan lain-lain lagi. Ini menyebabkan penonton ‘terlekat’ dengan filem ini.

Plot filem ini berasaskan plot ‘NARATIF HOLLYWOOD’. Hal ini kerana, filem yang berasaskan naratif Hollywood, susunan cerita atau adengan-adengannya adalah mengikut urutan atau disebut kronologi. Walaupun filem ini mengetengahkan empat cerita yang berbeza, setiap satunya diceritakan mengikut urutan. Kronologinya hanya dapat dilihat secara berasingan untuk setiap cerita. Setiap cerita mempunyai urutan mula, tengah dan akhir. Naratifnya linear membolehkan kita menentukan ceritanya. Dalam filem yang mengandungi plot naratif Hollywood, terdapat juga kesimpulan atau penutup. Semua persoalan yang wujud harus mempunyai jawapan. Dalam filem ini juga wujud pelbagai persoalan yang tidak diberitahu dalan sinopsis filem secara sengaja. Persoalan pertama yang wujud ialah adakah isteri Richard dapat diselamatkan? Kedua, adakah penembak isteri Richard dapat ditangkap? Seterusnya, dapatkah anak-anak Richard yang hilang dicari dan diselamatkan? Adakah hubungan antara Yasujiro dengan anaknya kembali pulih? Jawapannya…? Semua persoalan yang timbul mempunyai jawapannya. Pertama, isteri Richard, Susan. Kawasan petempatan Susan mengalami kecederaan merupakan suatu kawasan pedalaman dan kurang kemajuan; hal ini menyusahkan mereka mendapatkan bantuan kecemasan pada masa diperlukan. Perkara Susan ditembak, dijadikan sebagai isu global kerana dikhuatiri bahawa kemungkinan ianya angkara pengganas dan hal ini secara tidak langsung menyebabkan pertolongan daripada pihak US tidak sampai pada masa yang tepat. Namun, akhirnya bantuan sampai juga, dan Susan Jones dapat diselamatkan.

Persoalan kedua, dalam sinopsis diberitahu bahawa, setelah mendapat tahu kebenaran bahawa anak-anaknyalah yang menyebabkan Susan terkena tembakan, Abdullah mengambil keputusan untuk bersembunyi daripada ditangkap oleh pihak polis. Sewaktu dia melarikan diri pihak polis telah mengepung dia dan anak-anaknya. Pada masa itu, Hassan bertindak melulu bergerak dari tempat persembunyian menyebabkan dia ditembak oleh pihak polis. Yussef berasa marah dan melepaskan tembakan melawan pihak polis. Namun, keadaan abangya yang memerlukan bantuan perubatan akibat tembakan pihak polis menyebabkan dia menyerah diri kepada dan merayu supaya abangya diberi rawatan. Cara mereka ditahan juga ditunjukkan dalam cerita dengan cara yang luar biasa. Perkara tersebut ditunjukkan melalui televisyen di rumah Chieko. Hanya mereka yang ‘terlekat’ dengan file mini dapat mengesannya.

Seterusnya, anak-anak Richard. Apabila Amelia dihadapkan kepada seorang pegawai polis, dia disoal siasat. Ketika itu Amelia akan menanyakan tentang kanak-kanak itu, pegawai itu dengan suara yang agak kasar akan memberitahu bahawa mereka telah dikesan dan diselamatkan. Cerita tentang penyelamatan kanak-kanak tersebut tidak ditunjukkan melalui ‘screen’ hanya diberitahu secara verbal kepada penonton.

Akhirnya, tindakan Chieko yang terlalu mengikut perasaan menunjukkan dia sebagai gadis yang memerlukan perhatian. Dia mengaturkan sebuah perjumpaan dengan polis Jepun yang diminatinya untuk tujuan lain dan disebabkan tindak balas polis tersebut yang positif menyebabkan Chieko sedar. Kesedarannya itu merapatkan lagi hubungannya dengan bapa dia. Watak dia ditangani dengan baik dalam filem tersebut. Perwatakannyalah yang meleraikan kaitan antara keseluruhan cerita-cerita tersebut.

Dalam filem yang menggunakan naratif Hollywood, peranan karektornya sangat penting. Hal ini kerana, mereka yang menggerakkan cerita tersebut. karektor-karektor dalam filem ini melakonkan watak-watak mereka dengan baik sekali. Contohnya, dalam perwatakan pasangan suami isteri Richard Jones dan Susan Jones. Mereka merupakan pasangan yang bermasalah dan baru kehilangan anak mereka. Namun, kesetiaan serta tanggungjawab Richard sebagai seorang suami dapat dilihat dalam lakonannya. Lakonannya sangat baik sehingga mempu memberi impak terhadap penonton dan itulah tugas seorang pelakon. Seterusnya, perwatakan Amelia. Cara dia menghayati wataknya juga sangat baik. Lakonan Amelia dapat ‘merealitikan’ adengan-adengan di sempadan dan semasa dia ditangkap oleh polis patrol. Pada masa yang sama juga, semasa dia merayu supaya mempercayai katanya dan menolongnya mencari anak-anak Richard membuat penonton sayu. Dia berjaya mempengaruhi emosi penonton.

Kepelbagaian watak dan perwatakan seolah-seolah asam garam sesebuah filem di mana ia menjadi penentu rasa filem tersebut. Perwatakan Abdullah dan Santiago boleh dimasukkan dalam kategori ini. Perwatakan Abdullah dicerminkan sebagai seorang ayah yang pilih kasih terhadap anak-anak lelakinya. Semasa Hassan bertindak melulu bergerak dari tempat persembunyian semasa dikepung oleh pihak polis, tindakannya itu membuatkan saya terfikir kenapa dia pandai-pandai bergerak dari sana; dan timbul pula persoalan, adakah disebabkan ayahnya pilih kasih dia sengaja bergerak supaya dia ditembak? Walaupun jawapannya tidak, perwatakan Abdullah yang membuka ruang penonton berfikir sedemikian dan bersimpati terhadap watak Hassan di samping menghasilkan filem yang baik. Seterusnya Santiago. Santiago membawa perwatakan seorang yang ‘happy go’. Perwatakannya yang tidak bertanggungjawab meninggalkan Amelia bersama dengan dua orang kanak-kanak di kawasan padang pasir pada malam yang gelap gelita menimbulkan perasaan marah terhadapnya. Kemarahan mencapai tahap kemuncak apabila pada pagi keesokkannya dia tidak sampai ke tempat itu seperti yang dijanjikan. Perasaan kemarahan serta perasaan sedih membuatkan penonton berfikir, bagaimana Amelia hendak menyelamatkan dirinya serta kanak-kanak tersebut. tambahan pula, Amelia sewaktu dia di kawasan sempadan yang dipenuhi pasir dan suasana yang panas terik berserta keupayaannya yang tidak bermaya berjuang untuk meneruskan hidup sangat ‘touching’.

Secara keseluruhannya, filem ini sangat menarik dan bersifat memberi pengajaran. Kecuaian manusia telah mengakibatkan pelbagai masalah dari satu kesilapan dan menyebabkan mereka mengharungi pelbagai dugaan. Sebab dan akibat yang menggerakkan filem Babel telah memberi kesan yang positif terhadap filem ini. Namun masih terdapat juga persoalan-persoalan yang masih belum terjawab. Antaranya, apakah yang terjadi kepada Santiago? Adakah anak lelaki Abdullah, Hassan telah meninggal dunia? Walaupun persoalan-persoalan ini tidak terjawab ia tidak mengabaikan cerita utama filem ini. Begitulah sudahnya filem BABEL.

No comments:

Post a Comment