Sunday, August 22, 2010

FATHER AND SON

FATHER AND SON.


Oleh Jagatheeswary Muniandy.

AEA 080086

MIMPI yang ngeri menyebabkan Alexei tidak dapat tidur. Ayahnya yang membantu dia untuk keluar daripada mimpi tersebut. Pelukan ayahnya membuatkan dia terselamat daripada mimpi khayalan itu. Dan ayahnya suruh Alexei menjerit dengan kuat jika dia bermimpi sebegitu lagi. Pada ketika itu ayahnya bertanya apakah mimpi Alexei dan dia pun terang bahawa dia berada di suatu tempat yang tinggi dan bermain dalam hujan. Ketika itu, ayahnya bertanya bahawa dia berada bersama dia atau tidak. Alexei kata dia seorang saja yang berada di situ. Ayahnya pun mula berfikir tentang sesuatu dengan senyuman yang comel. Beginilah pengarah filem ini Alexander Sokurov memulakan ceritanya.

Tentang director.

Alexander Sokurov merupakan seorang Russian yang suka mengambil gambar soviet cinema. Beliau juga merupakan seorang yang pertama kali mengambil gambar tanpa mengeditnya dalam satu shot yang berterusan sehingga 90 minit. Alexander Sokurov lahir di Siberia dalam sebuah keluarga tentera pada tahun 1951. Beliau mengalami kecacatan anatomi dalam kakinya sejak beliau lahir. Sokurov menjadi graduan dalam Pengajian Sejarah dari Universiti Nizhny Novgorod pada tahun 1974 dan bermula bekerja di salah sebuah studio di VGIK pada tahun yang seterusnya.

Film-film yang diarahnya tidak dapat sambutan atau sering mendapat tentangan daripada autoriti-autoriti Soviet yang bekerja di situ tetapi dia mendapat sambutan yang baik daripada Andrei Tarkovsky. Sokurov berkawan rapat dengan Tarkovsky dari filem Tarkovsky yang berjudul ‘Mirror’. Pada permulaan waktu, Sokurov menghasilkan banyak dokumentari termasuklah temu ramah bersama dengan Aleksandr Solzhenitsyn dan pelaporan tentang Grigori Kozintsev yang flet di St Petersburg.

Filem Mother and Son merupakan filem pertama beliau yang mendapat sanjungan daripada seluruh negara pada tahun 1996. Filem itu dicerminkan dalam filem Father and Son pada tahun 2003 dimana filem ini mengkritikkan tentang maksud tersirat homoeroticism. Meskipun Sokurov mempunyai pengkritikan tersendiri tentang filem ini.

Sokurov juga pertama kali menggambarkan filem tetralogy yang terkenal pada abad yang ke 20 dalam tiga ansuran yang terancang; iaitu, ‘Moloch’ (1999) tentang Hitler, ‘Taurus’ (2000) tentang Lenin dan ‘The Sun’ (2004) tentang Emperor Hirihito. Sokurov merupakan seorang yang biasa dipilih untuk Cannes Film Festival, yang merupakan sebuah majlis anugerah yang paling tertua yang diperkenalkan pada tahun 1946. Sokurov pernah dipilih untuk empat buah filem beliau dalam majlis anugerah ini.

Russian Ark yang diarahkan pada tahun 2002 turut merupakan sebuah semi-dokumentari adalah suatu kejayaan secara dagangan dan juga bersifat paling kritik kepada beliau kerana beliau telah menyanjungkan gambar yang hypnotic dan juga shot yang tidak dieditnya dalam dokumentari tersebut. Dalam kalangan masyarakat Amerika beliau terkenal dengan nama ‘Russian Ark’. Beliau mula mengarahkan filem pada tahun 1980 dan telah mengarah tujuh belas buah filem sehingga tahun 2007. Sokurov juga telah mengarahkan dua puluh lapan buah dokumentari sehingga tahun 2006.

Filem Father and Son juga pernah dicalonkan kepada tiga buah anugerah dan memenangi dua buah anugerahnya pada tahun 2003. Di Cannes Film Festival, Sokurov dicalonkan kepada dua anugerah dan beliau memenangi satu anugerahnya. Manakala di Russian Guild of Film Critics pula Natalya Kochergina dipilih sebagai Best Art Direction bagi filem ini dan memenangi anugerah Golden Aries pada tahun 2003 juga.

Sinopsis.

Filem Father and Son merupakan sebuah filem yang menceritakan tentang hubungan diantara seorang bapa muda dengan seorang anak remaja. Bapa (Andrej Shetinin) dan anak (Alexei Nejmyshev) tinggal bersama di sebuah apartmen yang tinggi yang ditutup oleh atapnya. Mereka telah tinggal bersendirian selama beberapa tahun di dunia mereka tersendiri, yang penuh dengan memori dan ritual harian mereka. Kadang kala mereka kelihatan sebagai adik-beradik dan ada waktunya mereka kelihatan seperti pasangan kekasih. Alexei mengikut jejak kaki ayahnya dan menyertai sekolah tentera untuk melanjutkan pengajiannya. Alexei adalah seorang yang suka menyertai bidang sukan, seorang yang kurang bertanggungjawab dan menghadapi masalah dengan teman wanitannya. Teman wanitannya tidak suka Alexei kerana Alexei berkongsi kasih sayang dengan bapa dan dia. Dia cemburu terhadap hubungan rapat Alexei dengan bapanya. Oleh itu mereka sering menghadapi masalah.

Walaupun semua orang tahu bahawa pada suatu ketika waktu anaknya perlu meninggalkan keluarga dan memulakan hidup baru tetapi Alexei tidak setuju dengannya. Dia bertelingkah dengan ayahnya bahawa dia akan tinggal bersamanya. Bapa Alexei pula berasa dia harus mencari kerja yang baru di bandar yang lain dan memulakan hidupnya di situ, mungkin berkahwin sekali lagi dan memulakan hidupnya. Tetapi siapa akan jaga Alexei apabila dia bermimpi buruk pada waktu malam. Oleh itu bapanya tinggal bersama dengan Alexei. Tidak ada kasih sayang yang kuat diantara anak dan bapa seperti ini.



Tentang filem.



Filem Father and Son merupakan sebuah soviet cinema. Idea-idea dalam filem ini tidak mengikut turutannya kerana plotnya berjenis jungkir balik. Kadang kala ideanya akan jump dari suatu situasi ke situasi yang lain. Misalnya, semasa Alexei bermimpi buruk pada permulaan filem dan bapa dia memujuk dia. Selepas scene itu, mereka telah dengan terus pergi ke tempat latihan Alexei dan bapanya menunggu untuk dia di luar tempat latihannya. Selain itu, ada satu ketika ayah Alexei akan bergaduh dengan dia dan selepas itu dia akan balik ke bilik dia dan melihat beberapa keping gambar. Selepas itu, dalam ceritannya tidak akan menggambarkan siapakah dia maksudkan, apakah kaitan orang yang ada dalam gambar itu dengan Alexei, apakah kisah mereka dan sebagainya. Selain itu, kawan Alexei, Sasha selalu akan datang ke rumah mereka. Tetapi semasa Alexei dan ayahnya bergaduh, ayah Alexei akan memarahkan dia dan menghalaunya dari rumah mereka. Pada pengakhiran filem dia akan datang balik. Kewujudan dia dalam filem itu digambarkan seperti sesuatu yang tidak dihargainya dan tidak menunjukkan watak sebenarnya.

Filem ini juga tidak mengikut narratifnya. Terdapat banyak jump-cut dalam filem ini. Ada suatu ketika, anak kepada kawan ayah Alexei akan datang berjumpa dengan ayah Alexei. Dia ingin tahu apakah punca kehilangan ayahnya. Hal ini demikian kerana, pada suatu ketika dahulu ayah dia dan ayah Alexei pernah bekerja di kem tentera yang sama. Dia ingin tahu adakah ayah dia bersalah atau tidak. Apabila anak kawan ayah Alexei tengah bercakap dengan ayahnya, Alexei akan datang dan ayahnya akan memperkenalkannya. Semasa anak kawan ayahnya bertanya soalan kepada ayah Alexei, Alexei akan tarik dia ke bilik dia dan akan memukul dia lalu menunjukkan x-ray ayahnya. Dalam scene itu kita akan berasa bahawa ayahnya menghidapi penyakit tetapi pada permulaan cerita semasa ayah Alexei pergi berjumpa dengan Alexei di sekolahnya, Alexei akan memberitahu bahawa ayahnya tidak menghidapi sebarang penyakit kerana dia mengambil X-ray tersebut dan menanyakan kepada doktornya. Dalam keadaan ini, kita akan menjadi keliru kerana pada awalnya Alexei memberitahu ayah bahawa dia selamat dan tidak menghidapi penyakit di jantungnya. Tetapi kenapakah dia memukul anak kawan ayah dia lalu menunjukkan X-ray tersebut?

Selain itu, apabila anak kawan ayah Alexei tanya pasal ayah dia, ayah Alexei tidak akan menjawapnya. Tetapi dia akan memberitahu kepada Alexei tentang kawan dia. Ayahnya juga akan meminta Alexei supaya jangan memberitahu kepada anak kawannya semasa mereka keluar. Dalam keadaan ini, kita akan tertanya-tanya kenapalah ayah Alexei menyembunyikan hal sebenar daripada anaknya sendiri, asalkan dia beringin sangat untuk mengetahui tentang ayah dia.

Selain itu, semasa Alexei memukul anak kawan ayahnya, kawan Alexei daripada apartmen sebelah akan memanggil dia dan suruh mengambil cd lagu daripada dianya. Pada ketika Alexei mengambil cd, dia akan duduk di atas sebatang kayu yang terdapat diantara rumah Alexei dan rakan sebelahnya. Alexei akan ajak anak kawan ayah dia sekali. Pada masa itu ayah Alexei akan datang ke bilik Alexei dan memarahi Alexei supaya masuk dalam dan mula memukul dia. Mereka akan bergaduh dan anak kawan ayah Alexei dan kawan Alexei, Sasha yang tinggal di apatmen sebelah akan masuk sekali dan bergaduh. Akhirnya ayah Alexei akan menewaskan semua orang. Pada masa itu, Alexei akan meminta anak kawan ayahnya supaya keluar dari rumah dan meminta tunggu di luar apatmen. Dalam scene ini, kita tidak akan tahu kenapa mereka bergaduh, kenapa Alexei kena berjumpa dengan anak kawan ayahnya asalnya dia beringin berjumpa dengan ayah Alexei dan kenapa kawan dia turut masuk dalam pergaduhan mereka, apakah kaitan denganya dan sebagainya.

Seterusnya, dalam Father and Son, dialog juga memainkan peranan yang penting. Misalnya, pada permualaan cerita apabila Alexei bermimpi buruk, ayahnya akan bertanya begini,

“Am i over there, too?”

Alexei akan menjawab,

“No. I’m all alone.”

Dalam dialog ini kita boleh mendapat tahu bahawa ayah Alexei sentiasa beringin berada di sisi Alexei, walau apa jua keadaan pun. Dia tidak akan membiarkan sesuatu yang buruk berlaku terhadap anaknya. Selain itu, ayahnya juga mendapat tahu bahawa Alexei sudah menjadi dewasa dan dia boleh berdikari selepas ini. Tetapi dia tidak mahu meninggalkan anaknya kerana tiada orang yang akan jaga dia semasa dia bermimpi buruk sebegini.

Pada pengakhiran filem pula, Alexei akan bermimpi lagi, iaitu ayahnya berada seorang di atas bumbung rumah dan pada masa itu Alexei akan tanya kepada ayah dia,

“Where are you?”

“I’m not far away.”

“And me... Am i there, too?”

“No. I’m alone.”

Melalui dialog ini kita boleh melihat perkaitaannya dengan dialog permulaannya. Pada permulaan cerita Alexei akan memberitahu dialog ini kepada ayah dia, manakala pada pengakhiran cerita ayah Alexei akan memberitahu kepada Alexeinya. Melalui ini kita dapat tahu bahawa kedua anak dan ayahnya mempunyai perhubungan yang sangat rapat dimana salah seorangnya tidak dapat hidup tanpa seorang. Mereka harus bergantung pada seorangnya. Kerana selama ini perkara yang diminati dan disuka dibuat oleh orang yang mereka sayangnya.

Seterusnya, terdapat satu dialog di antara Alexei dan ayahnya,

“Everything was about you. Without you, i was nothing.” Alexei akan berkata sebegini kepada ayahnya.

“Every story has two sides. Now i’m just a bother to you.” Balas ayah Alexei.

Dialog ini amat bermakna kepada seseorang anak. Walaupun anak berasa tanpa ayahnya dia adalah seorang yang tidak mempunyai apa-apa tetapi ayahnya akan sentiasa berasa bahawa dia cuma boleh menjadi tunjuk ajar sahaja, kejayaan dalam hidup anak bergantung kepada usahanya sendiri. Begitulah ayah Alexei pun menerangkan kepada Alexei apabila dia merendahkan diri dia. Dialog ini amat member makna kepada saya.

Selain itu, Sasha akan menenung muka Alexei dan akan berkata,

“Take me into your home. I’m a nice guy.”

Dengan dialog ini, kita boleh melihat Sasha seorang yang tinggal di sebelah rumahnya ingin menjadi salah seorang daripada ahli keluarganya. Dengan muka yang kesian dia akan menanyakan soalan ini kepada Alexei. Dengan ini kita boleh dapat tahu hubungan anak dan ayah yang sebegitu rapat menyebabkan Sasha menanyakan soalan ini kepada Alexeinya. Jika dia pun beringin tinggal di rumah mereka, apatah lagi Alexei beruntung untuk mendapat ayah sebegininya.

Dalam filem ini juga, Alexei mempunyai kemahiran membaca minda orang. Apabila dia melihat mata seseorang dia akan membaca mindanya dan memberitahu mereka. Hal ini dapat dilihat apabila kekasih Alexei datang berjumpa dengan dia di sekolah tentera, dia akan melihat mata kekasihnya dan akan memberitahu apa yang difikirkan olehnya. Dia juga dapat mengetahui bahawa kekasihnya telah melakukan curang terhadap dia. Kekasih dia akan menjadi panik dan tinggalkan tempat itu dengan kadar segera. Dia tidak dapat terima hakikatnya bahawa kekasihnya pernah melakukan curang terhadap dia. Selain itu, Alexei juga akan membaca minda ayahnya. Apabila Alexei membaca minda ayahnya dia akan menyebut bahawa minda dia dan minda ayahnya amat berbeza.

Selain itu, Alexei juga mempunyai perasaan ingin tahu yang lebih. Hal ini kerana, selepas dia bergaduh dengan kekasihnya di sekolah, dia akan pergi berjumpa dengan kekasih dia selepas dia bertemu dengan anak kawan ayahnya. Pada masa itu pun dia akan bertelingkah dengan kekasihnya dengan menanyakan tentang lelaki tersebut. Perasaan ingin tahu Alexei dapat dilihat dalam situasi ini. Dia tidak dapat menerima sebarang kekecewaan dalam hidupnya. Begitu juga dia tidak akan terima jika ayahnya meninggalkan dia. Sebab itulah ayahnya tidak meninggalkan Alexie seorang diri.

Dia pun akan bertanya kepada ayahnya, sebab dia datang ke sekolah dia pada pagi hari itu dan juga tentang emaknya apabila dia bangun daripada mimpi.. Selain itu, Alexei juga akan menanyakan soalan kepada Sasha tentang ayah dan ibu dia. Dia akan menanyakan pelbagai soalan kepadanya. Perasaan ingin tahu Alexei dapat diketahui dalam situasi-situasi sebegini.

Sound.

Seterusnya, dalam filem ini muzik juga memainkan peranan yang amat penting. Hal ini demikian kerana dari permulaan cerita radio di rumah Alexei akan berkedengaran. Pada satu ketika Alexei akan bertanya kepada ayahnya adakah Tchaikosvsky pengarah muzik yang disukanya. Ayah dia pun akan mengaku ya. Dari permulaan hingga pengakhiran filem ini, radio memainkan peranan yang penting diantara mereka.

Semasa Alexei membawa anak kawan ayahnya ke bilik dan memukul dia, kawan Alexei dari apartmen sebelah akan memanggil Alexei dan akan menanyakan apakah lagu yang disiarkan di radio pada ketika itu. Dia pun akan menunjukan sebuah cd dan ajak Alexei untuk mengambilnya daripada dia. Keadaan ini menunjukkan bahawa melalui muzik Alexei dan orang di sebelahnya menjadi kawan. Selain itu, dalam filem ini lagu-lagu yang disiarkan dalam radio ini akan mempunyai kaitan yang rapat dengan situasinya. Pada ketika itu, dalam filem ini radio merupakan diegetic sound dalam on screen iaitu suatu benda yang boleh nampak mengeluarkan bunyinya.

Selain itu, dalam filem ini juga terdapat diegetic sound dalam off screen. Pada hujung cerita Alexei dan ayahnya akan bermain bola di atas bumbung rumahnya. Semasa itu akan terdengar suara seorang wanita daripada rumah sebelahnya, tetapi muka wanita tidak akan ditunjukkan dalam skrinnya. Cuma suara dia sahaja akan berkedengaran apabila mereka mula bermain bola. Tetapi mereka tidak akan menghiraukan perempuan tersebut dan sambung mainnya. Dia pun akan menjadi senyap selepas seketika waktunya.

Selain wanita itu, Alexei juga akan mengeluarkan diegetic sound dalam off screen apabila bercakap dengan ayahnya dalam mimpi pada pengakhiran ceritanya. Pada ketika itu, dia tidak akan tunjukkan mukanya, tetapi suara dia akan berkedengaran. Ayah dia pun akan pandang kamera dan menjawap soalannya seolah-olah Alexei ada di situ. Soalan-soalan yang ditanyakan oleh Alexei akan dijawap oleh ayahnya.

Muzik ketika Alexei keluar dengan anak kawan ayahnya juga berkait rapat dengan situasinya. Dalam filem ini, pengarah menggunakan muzik daripada alam semula jadi berbanding daripada muzik yang dimainkannya. Jika tiada radio, dia akan menggunakan muzik daripada kenderaan awam, alam semulajadi dan sebagainya.

Filem Father and Son diakhiri dengan mimpi juga. Melalui ini kita dapat melihat filem ini berkait rapat dengan agenda mimpinya. Pengarah memberikan keutamaan kepada mimpi seseorang insan dalam kehidupannya kepada kehidupan yang realiti.

Sebagai kesimpulannya, melalui filem ini semua orang boleh mengetahui tentang kasih sayang seorang anak dan ayahnya. Hal ini demikian kerana, biasanya kita akan melihat kasih sayang di antara seorang ibu dan anak, kasih sayang diantara adik-beradik, rakan sebaya dan sebagainya. Tetapi bagi pandangan saya inilah filem yang pertama menunjukkan kasih sayang diantara seorang ayah dan anak lelakinya. Terdapat filem yang menunjukkan kasih sayang diantara anak dan ayah tetapi tiada filem yang menunjukkan kasih sayang di antara seorang anak lelaki remaja dan seorang ayah mudanya. Oleh itu, memang benar dan patut filem ini memenangi agurerah di majlis anugerahnya. Father and Son suatu inspirasi kepada seorang anak dan ayah di seluruh dunia ini.

No comments:

Post a Comment