Sunday, August 22, 2010

ELANGGO MUNIAN


AEA080056

________________________________________________________________________

ETERNAL SUNSHINE OF SPOTLESS MIND (2004), sebuah filem hasil karya, Michel Goundry. Jim Carrey, Kate Winslet, Elijah Wood, Mark Raffalo, Tom Wikinson dan Kirsten Dunst merupakan antara barisan pelakon yang melakonkan filem ini. Kisahnya, menceritakan tentang sepasang kekasih yang hubungan mereka renggang menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk menamatkan hubungan tersebut. Langkah yang ditangani oleh mereka dalam memutuskan hubungan tersebut yang menjadi isi utama filem ini. Ceritanya bermula dengan gelagat Joel Barrish (Jim Carrey), yang berkejar ke Montauk, dengan mengabaikan kerjanya. Hari tersebut merupakan hari kekasih. Perkara yang diingatinya hanyalah ‘dia harus ke Montauk’. Di sana dia terserempak dengan Clementine Kruczynski (Kate Winslet) dan hubungan mereka bermula ‘semula’ dari saat itu. Perjalanan mereka dalam tren di Montauk itu telah mengeratkan hubungan mereka dan akhirnya mereka menjadi pasangan kekasih. Mereka meluangkan masa bersama-sama dan padang ais merupakan antara tempat yang dikunjungi mereka. Tempat tersebut juga memberikan mereka memori yang manis. Sesudah masa diluangkan bersama, Clementine mengambil keputusan untuk balik bersama Joel ke rumahnya. Saat inilah berlakunya transformasi dalam filem ini. Sewaktu Clementine mengambil barang-barang peribadinya untuk ke rumah Joel, tidak dilupakannya untuk mengambil sekali surat-surat serta barang-barang yang dipos ke alamatnya. Terdapat sebuah kaset dalam barang yang dipos kepadanya. Kaset tersebut berperanan penting dalam filem ini. Kaset tersebut dimainkannya dalam kereta ketika dalam perjalanan ke rumah Joel. Kaset tersebut merungkaikan pelbagai misteri. Kandungan kaset berbunyi seperti, “ my name is Clementine Kruczynski, I’m here to erase Joel Barish”. Hal tersebut telah menyebabkan perselisihan faham antara mereka berdua. Joel yang berasa marah dan kecewa telah menurunkan Clementino di pertengahan jalan. Clementino seolah-olah tidak faham perkara yang berlaku di sekelilingya dan marah.

Pada masa Clementino mangambil barang-barangnya sebelum menaiki kereta, fikiran Joel melayang Jauh. Pelbagai perkara yang difikirkan olehnya. Dalam fikirannya juga kelihatan Clementino. Di sini penonton dikelirukan. Sebenarnya Joel sedang menjalani proses pemadaman ingatan. Joel mengambil keputusan untuk memadamkan ingatannya disebabkan oleh Clementino. Mereka berdua merupakan pasangan kekasih sebelum berjumpa di Montauk. Clementino tidak dapat mengecam Joel dan begitu juga sebaliknya; Clementino telah pun melalui proses pemadaman, hal ini diketahui oleh Joel apabila Joel hendak berjumpa dengan Clementino untuk memulihkan perhubungan mereka yang tegang itu. Bersamanya dia membawa sebuah hadiah. Hadiah itu tidak dapat diberikannya, kerana Clementino telah melupakan Joel dan Joel berasa aneh memikirkan Clementino tidak mengenalinya malah bercumbuan dengan lelaki lain di depannya. Hanya selepas itu Joel mendapat tahu kebenaran bahawa Clementino telah memadamkan segala memorinya bersama Joel dengan bantuan Syarikat Lucuna INC yang menawarkan perkhidmatan tersebut. Joel yang marah dan kecewa dengan sikap Clementino mengambil keputusan untuk melakukan perkara yang sama seperti Clementino. Dia berjumpa dengan doctor Howard Mierzwiak, doctor yang sama memadamkan memori Clementino. Hanya kenangan mereka berdua sahaja akan dipadamkan dengan persetujuan dan bantuan mereka.

Tiba hari untuk sesi pemadaman memori Joel. Perakuan Joel dirakamkan dalam sebuah kaset; Segala barang-barang kepunyaan atau yang diberi oleh Clementino diminta diserahkan di syarikat tersebut. Memori Joel dan Clementino bersama meluangkan masa dipadamkan dari ingatannya satu demi satu; yang menariknya ialah kebanyakan lokasi filem merupakan minda Joel dan igatanya dipadamkan dari yang terbaru ke yang lama (dalam bentuk reverse). Joel harus mengenangkan kembali memori-memori tersebut untuk memudahkan Patrick (Elijah Wood) and Stan (Mark Ruffalo) (pekerja Dr. Howard Mierzwiak) memadamkan memori-memori tersebut. Pada masa yang sama, semasa berlakunya proses pemadaman, Joel menyedari bahawa dia melakukan sesuatu yang salah. Dia juga sedar bahawa dia masih mencintai Clementino dan tidak mahu melupakan Clementino mahupun kenangan mereka bersama. Jadi di sini wujudnya pergelutan antara reality dengan memori. Joel berusaha sedaya upaya untuk mengelakkan daripada memori dia ‘dipadamkan’; Jadi, dia mengenangkan masa silamnya supaya memori tersebut dapat melindungi memorinya bersama Clementino. Perkara ini diterangkan oleh Joel kepada Clementino; tetapi bukannya dalam reality. Walaupun Joel berusaha sedaya upaya untuk menyimpan kenengannya bersama Clementino, namun dia tidak berjaya. Dr. Howard Mierzwiak dan pekerjanya seakan mengetahui bahawa Joel tidak mahu memorinya dipadam, mengatasi masalah tersebut dan berjaya memadamkan segala memori joel bersama dengan Clementino. Pada masa yang sama, Patrick yang merupakan salah seorang daripada pekerja Dr. Howard mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut dan mencintai Clementino. Barang-barang yang dibelikan oleh Joel khas untuk Clementino tetapi tidak kesampaian diberikan dan diserahkan di Lucuna INC sebagai salah satu syaratnya melakukan proses pemadaman; barang tersebut dicuri oleh Patrick dan diberikannya kepada Clementino untuk merapatkan hubungan antara mereka. Perlakuan Patrick yang sedemikian seolah-olah mengingatkan Clementino mengenai sesuatu.

Mary (Kirsten Dunst), watak yang juga berperanan sebagai pembantu Dr. Howard Mierzwiak. Dia juga turut sama mengendalikan kes Joel. Filem ini hampir berakhir, dan pada masa itu kebenaran tentang kisah Mary pula diceritakan. Mary juga merupakan antara pelanggan Dr. Howard Mierzwiak, untuk memadamkan memorinya. Memori yang dipadamkan ialah, Mary mencintai Dr. Howard Mierzwiak pada suatu ketika dan hal tersebut diketahui oleh isteri Dr. Howard Mierzwiak. Jadi untuk mengatasi masalah tersebut Dr. Howard Mierzwiak mengambil keputusan untuk memadamkan memori Mary dan Mary menyetujuinya. Namun, Mary mendapat tahu hal tersebut dan mencari maklumat berkaitannya di tempat Dr. Howard Mierzwiak atau Lucuna INC. Dia mendapat cari kaset rakamanya. Mary sangat sedih dengan apa yang berlaku terhadap dirinya. Oleh sebab itu, dia mengambil keputusan untuk memulangkan semua kaset-kaset yang terdapat di Lucuna INC kepada mereka yang berkaitan. Dihantarnya juga kepada Joel dan Clementino kaset mereka; dan kaset tersebutlah yang dimainkan oleh Clementino dalam kereta Joel pada awal permulaan cerita. Setelah menurunkan Clementino di pertengahan jalan Joel ke tempat kerjanya. Clementino bergegas mencari ‘Joel Barrish’ yang disebutkan dalam kaset diposkan kepadanya. Joel Barrish yang dicarinya merupakan orang yang sama dia jumpa di Montauk. Joel juga menerima sebuah kaset dan dia juga sedang mendengarnya apabila Clementino datang mencarinya. Pada masa itu, Clementino sempat terdengar isi kaset Joel. Dia juga menunjukkan reaksi yang sama ditunjukkan oleh Joel apabila mendengar kasetnya. Mereka berdua sedar bahawa mereka telah pun menjalinkan hubungan sebelum ini; dan hubungan tersebut tidak semanis yang disangkakan dan akhirnya membawa mereka ke situasi ini. Walaupun begitu mereka juga tidak menafikan bahawa terdapat sebuah cinta yang erat antara mereka untuk pasangan masing-masing, jadi mereka berfikir bahawa mereka masih mempunyai peluang untuk memperbaiki hubungan mereka. Akhirnya, mereka bersama kembali.

Secara ringkasnya, filem ini mengisahkan tentang sepasang kekasih yang menganggap bahawa hubungan mereka perlu diakhiri dan mengambil keputusan untuk melenyapkan memori atau kenangan mereka bersama. Mereka mencari perkhidmatan syarikat Lucuna INC yang dapat membantu mereka dalam hal ini. Clementino bengambil langkah pertama dan ini mencabar keegooan Joel sebagai seorang lelaki. Jadi dia juga mengambil keputusan yang sama tanpa berfikir panjang. Namun, Joel tersedar pada masa dia dalam proses pemadaman tersebut dan tidak ingin meneruskannya lagi kerana dia tahu masih ada cinta untuk Clementino dalam hatinya. Hakikatnya, Dr. Howard dan pekerja-pekerjanya berjaya dalam misi mereka. Wujudnya titik peralihan dalam cerita apabila Mary mengeposkan kaset-kaset kepunyaan pelanggan-pelanggan Lucuna INC apabila mengetahui dia juga pernah mengalami proses pemadaman memori.Dia tidak mahu perkara yang sama menimpa pelanggan-pelanggan tersebut. Keset tersebut walaupun telah menyebabkan perselisihan faham antara Joel dan Clementino, akhirnya mereka bersama semula. Jadi dalam filem ini kaset tersebut berparanan penting dan Mary berperanan sebagai pelengkap cerita. Cerita ini kebanyakanya bertempatkan minda Joel. Hal ini menyebabkan filem ini berbeza daripada filem-filem yang lain.

Filem ini yang kebanyakannya berlokasikan minda Joel demi untuk menimbulkan kelainan, telah mewujudkan sedikit kekeliruan. Pergelutan antara kehidupan reality dengan memori tidak dapat dibezakan dengan mudah. Contohnya, ketika Joel sedar akan kesilapan dia memadam memori-memori tersebut mengambil keputusan untuk tidak meneruskannya. Jadi dia merayu pada Dr. Howard supaya menghentikannya. Tetapi dia mereyu dalam mindanya. Selain itu, demi untuk melindungi memorinya bersama Clementino, Joel menyukarkan tugas Dr. Howard dengan mengenangkan masa silamnya. Adengan-adengan tersebut seolah-olah tidak memberikan kesan yang sepatutnya dan tidak wujudnya perbezaan untuk memahami antara reality dengan memori.

Sekiranya kita meneliti filem ini, dapat diketahui bahawa filem ini menggunakan kaedah penceritaan “NARRATIVE HOLLYWOOD”. Dalam filem ini terdapat ciri-cirinya. Antaranya, wujud stail sinematik dalam membentuk ‘versimilitude’ iaitu semua perkara ditunjukkan di depan kamera. Ianya mencipta kebenaran. Kaedah ini boleh dilihat dalam adengan-adengan yang bertempatkan dalam minda Joel. Seterusnya, terdapat susunan cerita dalam filem ini. Sebenarnya ceritanya mengikut susunan. Susunan cerita asalnya ialah, Joel dan Clementino bercinta - cinta mereka mula menjadi masam – mengambil keputusan untuk memadamkan memori-memori – memori dipadamkan setelah melalui pelbagai halangan – menjalinkan hubungan semula tanpa mengetahui yang mereka telah melalui proses pemadaman memori – mendapat tahu kebenaran – bersama kembali selepas sedikit perselisihan faham. Ceritanya boleh ditentukan kerana ianya naratifnya linear. Cuma, susunan plotnya bercelaru sedikit kerana proses pemadaman yang dilakukan secara ‘reverse’ demi mewujudkan kelainan. Filem ini juga digerakkan oleh karektor. Setiap karektor berperanan melakonkan watak mereka secara perseorangan untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik. Karektornya sangat penting kerana mereka yang mewujudkan pertalian dalam cerita. Seterusnya, hero dalam filem ini sangat sentral selaras dengan ciri naratif Hollywood yang heronya sangat penting. Dalam kaedah naratif Hollywood juga heronya berperanan sebagai penyelesai masalah. Jadi, dalam filem ini Joel sebagai hero telah berperanan sebagai ejen kepada resolusi. Dia yang menyebabkan dia dan Clementino bersama kembali. Sebagai filem yang menggunakan kaedah naratif Hollywood, filem ini sentiasa digerakkan oleh sebab dan akibat. Sebab sesuatu perkara berlaku mewujudkan akibat untuk perkara tersebut. Contohya, disebabkan Joel dan Clementino bertemu, mengakibatkan mereka bercinta, apabila bercinta wujud perselihan faham antara mereka; perselisihan faham ini mengakibatkan mereka menjalani proses pemadaman memori dan seterusnya. Dalam filem ini juga semua persoalaan terjawab. Tetapi wujud pula persoalan apakah peranan Patrick dalam filem ini sesuatu yang perlu? Perananya tidak begitu penting dan hanya mengelirukan lagi keadaan.

Jalan cerita filem ini meupakan sesuatu yang kelise. Ia menceritakan tentang sepasang kekasih bercinta; wujud perselisihan faham antara mereka; salah seorang daripada mereka mengambil keputusan untuk berpisah tanpa pengetahuan pesangan;merujuk Dr. Howard untuk memadamkan memori; dan akhirnya bersama kembali setelah mengetahui kebenaran. Tetapi, Michel Goundry ingin menyampaikan ceritanya dengan cara yang berbeza. Sehubungan dengan itu, Michel Goundry memilih minda Joel sebagai lokasi cerita dan menggerakkan adengan-adengan percintaan Joel dengan Clementino dalam kaedah ‘reverse’. Pemikiran Michel yang menginginkan perbezaan tersebut harus dipuji.

Perwatakan setiap karektor sekadar memuaskan sahaja. Hal ini dapat dilihat dalam perwatakan Jim Carrey yang membawa watak Joel. Lakonannya seakan dia tidak menyelami karektor Joel. Jim Carrey merupakan seorang pelakon yang lebih berkebolehan dan mampu memberi lakonan yang lebih mantap. Lakonannya dalam filem ini seperti serba kekurangan dan tidak meninggalkan sebarang kesan terhadap penonton mahupun filem itu sendiri. Mungkin hal ini disebabkan oleh perwatakan Joel yang terkawal. Seterusnya watak Clementino yang dilakonkan oleh Kate Winslet. Lakonannya agak baik; namun filem ini akan lebih menarik sekiranya lakonannya dimantapkan lagi. Secara umumnya semua karektor gagal dalam mempermainkan emosi masing-masing; mereka yang berjaya menghasilkannya pula tidak mempertahankannya sehingga akhir filem. Contohnya, Jim. Dalam sesetengah adengan Jim menunjukkan lakonan yang baik. Contohnya, sewaktu adengan masa silam, zaman kanak-kanak.lakonannya pada adengan tersebut mampu menyebabkan penonton juga turut sama dalam filem tersebut, tetapi Jim tidak dapat melakukannya sehingga akhir filem. Mungkin kerana watak yang serius tidak padan dengan Jim Carrey. Jim lebih sesuai melakonkan watak-watak yang lucu. Selain daripada itu, kewujudan watak Patrick seolah-olah tidak penting. Ketiadaan watak tersebut juga tidak akan memberikan sebarang kesan terhadap filem itu. Adakah watak tersebut diwujudkan semata-mata untuk menunjukkan bahawa Clementino mempunyai kekasih lain selepas mengalami proses pemadaman memori? Seterusnya Mary. Kepentingan wataknya pula tidak ditunjukkan pada awal filem dan peranannya bermula setelah dia mengetahui kebenaran bahawa dia juga pernah mengalami proses pemadaman memori. Wujud sedikit kelancaran pada masa itu dan ia juga lenyap begitu sahaja.

Tidak dinafikan juga bahawa sinematografi dalam filem ini sangat cantik. Terdapat adengan-adengan yang sinematografinya luar biasa. Contohnya, ketika mereka meluangkan masa di pantai dan menceroboh masuk ke sebuah rumah yang berhampiran untuk berteduh satu malam. Adengan yang menunjukkan rumah tersebut runtuh ketika Joel mengalami proses pemadaman, dan pada masa itu sinematografinya sangat cantik. Rumah tersebut runtuk dan ditunjukkan dalam ‘slowmotion’. Selain itu, adengan-adengan Joel dan Clementino lari daripada proses pemadaman supaya memori mereka bersama tidak dapat dipadam juga menarik. Adengan tersebut seakan mewakilkan konsep ‘realiti mengejar memori’. Scene tersebut mampu mewujudkan kesan yang mendalam terhadap mereka yang menontonya tetapi disebabkan pergerakkan ceritanya yang kurang menarik melenyapkan perasaan ingin tahu dalam kalangan penonton.

Secara keseluruhannya, pada peringkat permulaan, filem ini sangat membosankan. Kekeliruan yang wujud menyebabkan timbulnya kesukaran untuk menghayatinya. Walaubagaimanapun, konsep pemadaman memori secara ‘reverse’ merupakan sesuatu yang ‘highlight’ dalam filem ini. Ia bermaksud bahawa memori mereka dipadam mengikutkan kenangan terkini iaitu semasa hubungan mereka renggang kepada kenangan mereka yang lama iaitu masa mereka mula mengenal dan bercinta. Jadi adengannya bergerak dari pahit ke adengan yang manis. Kisah cinta antara dua personality yang berbeza diceritakan denga cara yang menarik. Ini menyebabkan filem ini berbeza daripada filem lain. Konsepnya sangat luar biasa. Selain itu filem ini juga menekankan aspek bahawa setiap manusia berhak mendapatkan peluang kedua dan tidak terlambat bagi mereka untuk memperbaiki kesilapan mereka. Dengan kata lain, setiap manusia harus diberi peluang untuk memperbaiki kesilapan mereka. Sekiranya filem ini dikendalikan dengan lebih baik di samping corak pergerakannya diberi perhatian ia akan menghasilkan filem yang lebih menarik. Filem ini juga gagal mewujudkan perasaan ingin tahu dalam kalangan penonton. ‘Story line’nya kurang jelas.ceritanya dapat ditentukan tetapi filemnya tidak dapat dihayati. Ia mungkin disebabkan oleh gabungan reality dan memori. Penonton harus sabar menontonnya.


No comments:

Post a Comment